IPOH: Perak mencatatkan peningkatan kes COVID-19 kategori 4 dan 5 yang memerlukan rawatan kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Setakat semalam, terdapat 121 pesakit COVID-19 di Perak yang sedang dirawat di ICU dengan kadar purata tujuh hari penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus.
"Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan pelbagai agensi sedang giat melakukan persiapan bagi menghadapi peningkatan mendadak kes COVID-19 yang diramalkan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi," katanya.
Beliau berkata demikian dalam perkongsian di laman Facebook yang turut memuat naik beberapa gambar lawatan kerjanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Hospital Taiping, Hospital Tapah dan Hospital Slim River tengah malam tadi.
Katanya sebuah bilik gerakan telah ditubuhkan bagi memastikan ketersediaan katil untuk merawat pesakit COVID-19 di Perak dan sebanyak 223 katil wad serta 42 katil ICU telah dikhaskan untuk rawatan COVID-19 di HRPB yang mula merawat pesakit wabak itu mulai Januari tahun lepas.
Dr Noor Hisham berkata bagi hospital lain di Perak, Hospital Taiping yang mula merawat pesakit COVID-19 pada Mac tahun lepas telah mengalami peningkatan kemasukan pesakit COVID-19 sejak akhir Jun lepas.
"Sebanyak 237 kes baharu telah dilaporkan di daerah Larut, Matang dan Selama termasuk 175 kes adalah di mukim Taiping.
"Persiapan sedang giat dilaksanakan bagi menghadapi peningkatan kes COVID-19 yang diramalkan memuncak dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi. Kerjasama semua pihak adalah penting dalam menghadapi peperangan getir yang mendatang," kata Dr Noor Hisham.
Menurutnya, lima wad dengan kapasiti 120 katil dan 16 katil ICU telah dikhaskan untuk rawatan COVID-19 di Hospital Taiping setakat ini.
Beliau berkata Hospital Tapah yang merawat pesakit COVID-19 mulai November tahun lepas, terdapat 100 katil dan daripada jumlah tersebut, 28 katil dikhaskan untuk rawatan COVID-19.
"Secara kumulatif setakat Jun lepas, pesakit COVID-19 yang telah dirawat di hospital ini berjumlah 527 orang. Selain itu, hospital ini juga memberikan perkhidmatan kesihatan bagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Penjara Tapah," katanya.
Dr Noor Hisham berkata persiapan juga sedang giat dilaksanakan bagi menghadapi peningkatan kes COVID-19 di Hospital Slim River yang turut menerima rujukan kes COVID-19 kategori 3 hingga 5 dari Selangor, khususnya PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang dan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Daerah Petaling.
Hospital berkenaan yang mula merawat pesakit COVID-19 pada April tahun lepas, mempunyai kapasiti 250 katil iaitu 69 katil wad dan 4 katil ICU (diubah fungsi) telah dikhaskan untuk rawatan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 01 2021
Sebuah bilik gerakan telah ditubuhkan bagi memastikan ketersediaan katil untuk merawat pesakit COVID-19 di Perak. - Foto BERNAMA
Penuntut UiTM maut, kereta rempuh belakang lori
Seorang penuntut UiTM mautselepas kereta yang dinaiki hilang kawalan sebelum merempuh belakang lori dalam kejadian dekar Rembau.
Stigma terhadap program TVET perlu dihentikan
Timbalan Pengarah Kolej Komuniti lahad Datu , Asriani Karim menegaskan TVET bukan program untuk mereka yang kurang cemerlang dalam bidang akademik sebalik ya ia terbuka kepada semua yang berminat bagi menambah kemahiran.
DBKU rancang kerjasama dengan Dewan Bandaraya Kyoto
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang untuk berkolaborasi dengan Dewan Bandaraya Kyoto, Jepun untuk memantapkan pengurusan bandar rayanya, agar bersih serta cekap pada masa sama tidak meminggirkan infrastruktur warisan.
Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah
Amirudin berkata beliau tidak mengetahui atau terlibat dengan apa jua keputusan berkaitan pembatalan tempahan dewan untuk Majlis Himpunan Anak Kedah.
DUN Sarawak perlu ada jawatan rasmi ketua pembangkang - Chieng Jen
ADUN Padungan Chong Chieng Jen menegaskan perua ada jawatan rasmi ketua pembangkang di DUN Sarawak yang disediakan kemudahan tertentu seperti yang dinikmati di Selangor dan Pulau Pinang.
514,070 murid di sabah nikmati prasarana lebih baik
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu.
Jangan politikkan isu kebajikan penjawat awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa semua pihak tidak mempolitikkan isu kebajikan penjawat awam termasuk pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri pada 1 Mei lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan Malaysia merudum, apa perlu dilakukan?
PRK Kuala Kubu Baharu: Kenaikan gaji penjawat awam bukan bahan kempen - Saifuddin
Saifuddin perkara itu sudah lama diteliti oleh Kerajaan Perpaduan dan ia dirancang untuk diumumkan pada 1 Mei lepas sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.