COVID-19: Perincian lapan kluster baharu hari ini

Madiha Abdullah
Disember 30, 2020 11:47 MYT
Lapan kluster baharu dilaporkan hari ini di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Kedah. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Lapan kluster baharu dilaporkan hari ini di Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Kedah.
Berikut adalah perincian kluster yanng dikesan.
Kluster Tembok Choh
- Melibatkan daerah Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Kulai, dan Mersing di Johor.
- Kes dilaporkan positif pada pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat tahanan.
- Sejumlah 1,020 individu telah disaring, di mana 382 kes telah dikesan positif.
Kluster Tapak Bina Broga
- Melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.
- Kes dilaporkan positif bermula pada 27 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
- Sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif
Kluster Tapak Bina Jalan Stesen
- Melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Kes pertama dilapor positif pada 21 Disember 2020.
- Sejumlah 607 individu disaring, 54 kes dikesan positif.
Kluster Slot Berjaya
- Melibatkan daerah Lembah Pantai di Kuala Lumpur.
- Kes pertama dilapor positif pada 30 Disember 2020.
- Sejumlah 44 individu disaring, sembilan dikesan positif.
Kluster Jalan Nikolas
- Melibatkan daerah Titiwangsa di Kuala Lumpur.
- Kes indeks dilapor positif pada 29 Disember 2020.
- Sejumlah 54 individu disaring, enam kes dikesan positif.
Kluster Gerbang Pongsu
- Melibatkan daerah Kerian dan Kinta di Perak.
- Kes indeks dikesan positif pada 24 Disember 2020.
- Sejumlah 53 disaring, lapan kes dikesan positif.
Kluster Damai Ketari
- Melibatkan daerah Bentong di Pahang.
- Kes indeks dikesan positif pada 29 Disember 2020.
- Sejumlah 65 individu disaring, 21 dikesan positif.
Kluster Alor
- Melibatkan daerah Kota Setar di Kedah, serta Titiwangsa dan Cheras di Kuala Lumpur.
- Kes indeks dikesan positif pada 25 Disember 2020.
- Sejumlah 33 individu disaring, 20 kes dikesan positif.
Terus dapatkan perkembangan dan berita terkini mengenai #COVID19 dan #JejakCOVID-19
#kluster #COVID-19 #Kuala Lumpur #Kedah #Pahang #Cheras #Johor Bahru #Perak