MALAYSIA
COVID-19: Perkembangan positif, nilai Rt kini pada paras 0.89
Pada 25 Januari lalu, Dr Noor Hisham berkata, kes positif COVID-19 dijangka akan kembali kepada dua angka pada 11 Mei berikutan pelaksanaan PKP 2.0. - BERNAMA
KUALA LUMPUR:Nilai kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan yang positif.
Sudah tentu ini merupakan satu berita baik yang ingin didengari oleh semua rakyat Malaysia.
Terbaharu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan, bahawa nilai kebolehjangkitan COVID-19, kini berada pada paras 0.89.
Menurut Dr Noor Hisham, Malaysia mensasarkan nilai Rt kurang daripada satu kepada 0.5 untuk membendung wabak COVID-19.
"Kita sasarkan Rt kurang daripada satu kepada 0.5 untuk memutuskan dan membendung penularan kes dalam negara," katanya menerusi kemas kini dilaman Twitter pada Isnin.
Setakat Ahad, hanya Melaka merekodkan nilai Rt tinggi iaitu 1.07 diikuti Pulau Pinang pada 1.06 dan Kedah (1.04) serta Johor (1.01).
BACA: COVID-19: Melaka catat kadar kebolehjangkitan tertinggi - Dr Noor Hisham
Negeri-negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.96), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak (0.95), Kelantan (0.92), Selangor (0.89), Pahang (0.86), Terengganu (0.82), Sabah (0.80), Perlis (0.77), Putrajaya (0.73) manakala Labuan (0.65).
VIDEO: [INFOGRAFIK] Trend Kes Harian COVID-19 di Malaysia
Pada 25 Januari lalu, Dr Noor Hisham berkata, kes positif COVID-19 dijangka akan kembali kepada dua angka pada 11 Mei mengikut unjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) sejak 13 Januari lalu.

#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#KKM
#Twitter
#Malaysia
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan