MALAYSIA

COVID-19: Perkukuh langkah kesihatan awam untuk capai imuniti kelompok - KP Kesihatan

Astro Awani 21/04/2021 | 23:03 MYT
Dr Noor Hisham menyeru semua pihak untuk mengukuhkan langkah-langkah kesihatan awam dalam memerangi COVID-19. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru semua pihak untuk mengukuhkan langkah-langkah kesihatan awam.
Katanya, itu adalah kunci memerangi COVID-19 di samping pelaksanaan pemberian vaksin.
Jelasnya, sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah untuk mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.
Hanya dengan secara kerjasama, kata Dr Noor hisham, barulah pandemik ini dapat dikawal dan ditamatkan.
Gesaan ini dinyatakan beliau menerusi satu ciapan di Twitter awal pagi Khamis.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Noor Hisham Abdullah #kesihatan awam #Kementerian Kesihatan #KKM #vaksin #imuniti kelompok