[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

COVID-19: Perlis catat kadar kebolehjangkitan tertinggi pada tahap 1.71

Bernama 12/03/2021 | 22:45 MYT
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara pada Jumaat berada di tahap 0.85, dengan Perlis mencatat Rt tertinggi pada 1.71.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter beliau memaklumkan, Pulau Pinang merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu pada 1.03.

Negeri lain yang mencatat bacaan di bawah satu ialah Sarawak (0.97), Selangor, Putrajaya, Terengganu masing-masing 0.95, Melaka (0.89), Sabah (0.88), Johor (0.86), Labuan (0.85), Kelantan (0.81), Kuala Lumpur dan Pahang (masing-masing 0.79), Kedah (0.76), Perak (0.64) serta Negeri Sembilan (0.61).

Semalam, kes baharu positif pandemik COVID-19 kekal empat angka dengan 1,575 kes, selain tiga kematian dilaporkan.

-- BERNAMA
#Noor Hisham Abdullah #Perlis #Rt tertinggi #kadar kebolehjangkitan #Rt #COVID-19 #pulau pinang #kes baharu #kes positif