awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pesakit kategori 3 diberi keutamaan terima rawatan di hospital, PKRC - KJ

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/09/2021
06:33 MYT
COVID-19: Pesakit kategori 3 diberi keutamaan terima rawatan di hospital, PKRC - KJ
Khairy Jamaluddin mengadakan lawatan kerja di Hospital Tampin pada Sabtu. - Gambar Kementerian Kesihatan
TAMPIN: Kementerian Kesihatan (KKM) akan memberi keutamaan kepada pesakit COVID-19 kategori 3 yang mempunyai komorbiditi untuk ditempatkan di hospital mahupun Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, golongan yang tidak mempunyai komorbiditi dinasihatkan untuk kekal menjalani kuarantin di rumah dengan sentiasa membuat dan mengemaskini status kesihatan di aplikasi MySejahtera.
Bagaimanapun, tegas Khairy, dalam kes-kes tertentu, KKM akan memberi pengecualian khususnya kepada wanita hamil ataupun keadaan di rumah tidak mengizinkan pesakit menjalani kuarantin serta warga emas.
“Cuma untuk yang tidak bergejala atau bergejala ringan atau kategori 3 yang kita rasa tak mempunyai komoboditi… boleh jalankan kuarantin di rumah. Saya nak ingatkan mereka ini sentiasa menggunakan home assestment tools dalam MySejahtera,” kata Khairy.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja pertama di Negeri Sembilan selepas dilantik sebagai Menteri Kesihatan di Hospital Tampin pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan, usaha kementerian untuk mengurangkan kadar kematian berlaku di luar hospital (BID) dapat dijayakan sekiranya pesakit yang menjalani kuarantin di rumah dapat melaksanakan kawalan pemeriksaan kendiri dengan lebih serius.
Katanya, sekiranya kesihatan pesakit COVID-19 yang berada di rumah semakin merosot, sukar bernafas mahupun kadar oksigen kurang 95 peratus, mereka perlu peka dan segera menghubungi ambulan.
Sebelum ini, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, pesakit COVID-19 dalam kategori berkenaan tidak wajar ditempatkan di hospital sementara, dewan hotel atau bangunan yang mempunyai persekitaran seumpamanya.
Sebaliknya, kata beliau, kumpulan itu perlu dihantar ke hospital yang dilengkapi kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan peralatan penting berbanding membiarkan mereka menjalani kuarantin kendiri.
Jelas Dr Hanafiah, ini adalah kerana, penelitian semasa mendapati kesihatan pesakit COVID-19 kategori 3 boleh merosot ke kategori 5 dalam tempoh 24 jam berkemungkinan angkara varian Delta
Topic Berkaitan
#COVID-19
#pesakit kategori 3
#komorbiditi
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan