awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pesawat bawa 1 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech dijangka tiba 8.10 pagi ini

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
04/07/2021
23:23 MYT
COVID-19: Pesawat bawa 1 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech dijangka tiba 8.10 pagi ini
Pesawat membawa satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dijadual tiba sekitar jam 8.10 pagi ini.
SUBANG JAYA: Pesawat membawa satu juta dos vaksin Pfizer-BioNTech sumbangan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dijadual tiba sekitar jam 8.10 pagi ini.
Penghantaran bekalan menggunakan pesawat penerbangan Raya Airways TH384 itu akan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters dijangka hadir menyaksikan ketibaan bekalan vaksin tersebut.
Jumlah vaksin berkenaan merupakan daripada kumpulan awal 80 juta vaksin buatan AS yang dijanjikan pentadbiran Joe Biden bulan lalu untuk perkongsian global.
Khamis lalu, Malaysia menerima lagi sejuta dos vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca sumbangan kerajaan Jepun bagi meningkatkan keupayaan proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Topic Berkaitan
#Pfizer-BioNTech
#Khairy Jamaluddin
#ketibaan vaksin
#Joe Biden
#Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#vaksin
#Amerika Syarikat
#bekalan vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan