awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Bersama pastikan hidupan liar tidak terus mati dilanggar
Tempok, simbol identiti masyarakat Orang Asli
Lelaki berpakaian wanita: JAWI panggil jalankan siasatan lanjut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Petugas kesihatan letih perlu diganti, KKM tidak tetapkan bilangan sukarelawan

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
11/10/2020
13:01 MYT
COVID-19: Petugas kesihatan letih perlu diganti, KKM tidak tetapkan bilangan sukarelawan
Dr Noor Hisham berkata sukarelawan yang dicari ketika ini akan memudahkan koordinasi di lapangan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menetapkan sasaran bilangan sukarelawan yang diperlukan untuk membantu barisan hadapan memerangi COVID-19 ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata sukarelawan yang dicari ketika ini akan memudahkan koordinasi di lapangan.
"Setakat ini kita gerakkan anggota KKM ke Sabah dari pelbagai negeri. Jika kita mempunyai sukarelawan, kita boleh padankan keperluan di negeri dan daerah.
"Kita boleh tempatkan mereka menerusi koordinasi yang lebih tepat untuk keperluan di lapangan.
"Kita tidak tetapkan jumlah keperluan di lapangan kerana pada masa ini kita melihat kepada keperluan.
"Jika perjuangan kita dalam melandaikan lekuk ini dalam gelombang ketiga mengambil masa yang panjang, maka anggota barisan hadapan dan juga belakang tabir akan menjadi letih dan perlu diganti.
"Kita perlu perancangan awal untuk bersedia bagi apa-apa keadaan," katanya pada sidang media harian di sini hari ini.
Mengikut data yang dikeluarkan KKM, sehingga 11 Oktober 2020 seramai 483 anggota kesihatan telah dimobilisasikan.
Ia merangkumi pakar perubatan, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat, juruteknologi makmal perubatan, juru x-ray, pegawai sains mikrobiologi, penolong pegawai kesihatan persekitaran dan pembantu kesihatan awam untuk membantu perkhidmatan hospital dan kesihatan awam di Sabah.
Malah, KKM juga sedang berusaha menjalin kerjasama dengan pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta bagi membantu tenaga kerja di Sabah.
Topic Berkaitan
#sukarelawan KKM COVID19
#sukarelawan bantu KKM
#sukarelawan COVID19
#jangkitan terkini
#bantu KKM perangi COVID
#NGO
#Kementerian Kesihatan
#perubatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan