KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 telah menyebabkan aspek ketidaksamaan menjadi tumpuan dan kebimbangan yang lebih ketara, dengan nilai kerja positif, kesihatan yang baik, pendidikan berkualiti dan taraf hidup yang bermakna kini dilihat daripada perspektif baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kesan ketidaksamaan telah menjadi isu yang mencabar sehingga menghalang pembangunan masyarakat di seluruh dunia.
"Berikutan pandemik, situasi ketidaksamaan yang sedia ada dari awal telah bertambah, mengakibatkan keadaan sosial dan ekonomi yang lebih buruk. Kita memerlukan penyelesaian yang dapat membawa implikasi penting dan boleh digunakan secara meluas ke arah mencapai kesejahteraan sosial.
"Perlu ada perbincangan lanjut mengenai dasar perlindungan sosial yang bertujuan menangani kelemahan dan menggalakkan akses untuk semua dalam usaha merealisasikan kualiti hidup yang lebih baik," katanya dalam ucapan alu-aluan dan pengenalan bagi hari kedua Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa (ISWC) 2021 anjuran KWSP secara maya pada Rabu.
Beliau berkata memandangkan ketidaksamaan berlaku berpunca daripada kekurangan peluang dan sumber bagi mereka yang paling memerlukannya, terdapat keperluan untuk meneliti penyatuan usaha merentasi seluruh pihak berkepentingan daripada sektor awam dan swasta.
Amir Hamzah berkata langkah memahami dan meneliti dinamik kerjasama awam-swasta untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi merupakan strategi penting yang perlu diterokai.
"Kita percaya dengan menggembleng sumber dan usaha secara bersama-sama adalah amat penting untuk menangani masalah negara yang mendesak. Kita memerlukan strategi berani untuk keadilan sosial dan kerja yang baik di samping mencipta masa depan yang mampan dan berdaya tahan untuk anak-anak kita," katanya.
Beliau berkata perlindungan sosial mempunyai peranan penting dalam menangani ketidaksamaan dan membangunkan masyarakat inklusif, malah banyak negara telah mempercepat usaha mereka untuk menggunakan alat perlindungan sosial bagi tindak balas terhadap pandemik.
"Memandangkan perlindungan sosial semakin penting, saya percaya ini membawa kita kepada persoalan bagaimana kita membina daya tahan untuk menghadapi krisis seterusnya?.
"Susulan persekitaran sosial dan ekonomi terus berubah dan kelemahannya terdedah, kita kini berada di persimpangan jalan," katanya.
Beliau berkata penyediaan bantuan sosial seperti program pemberian tunai, boleh menghasilkan pulangan sosial dan ekonomi yang tinggi, selain membolehkan rakyat membuat pelaburan jangka panjang untuk masa depan.
"Kita perlu bergerak ke arah pandangan yang progresif mengenai bantuan sosial dan dasar perlindungan sosial yang lain," katanya.
Amir Hamzah berkata ekonomi pasca-COVID-19 memerlukan semua pihak mempunyai pandangan baharu ke arah merundingkan semula kontrak sosial.
Pada nadi kontrak sosial yang stabil, wujud kitaran murni merangkumi kepercayaan yang lebih inggi, peningkatan pelaburan menerusi peruntukan yang berkualiti, komitmen terhadap mandat awam, dan paling penting, kerja yang baik untuk semua, katanya.
"Berlandaskan kontrak sosial baharu, kita boleh bekerjasama untuk menggalakkan hak rakyat, memastikan pekerjaan yang baik dengan struktur gaji yang wajar selain mempertingkatkan keterangkuma melalui dialog sosial dan rundingan mengenai upah dan perkara lain berhubung pekerjaan dengan kesatuan pekerja.
"Justeru, kita memerlukan lebih banyak perbincangan, menggunakan mekanisme tiga pihak yang melibatkan kerajaan, perniagaan dan orang ramai dalam usaha mewujudkan ekonomi, masyarakat dan dunia yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 24 2021
Langkah memahami dan meneliti dinamik kerjasama awam-swasta untuk merangsangkan pertumbuhan ekonomi merupakan strategi penting yang perlu diterokai. - Gambar hiasan
Bungkusan kecil berbalut benang atas pusara ayah Muhyiddin
Bungkusan kecil yang diikat benang di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.
Malaysia, Turkiye sepakat tingkat bantuan kemanusiaan terutama di Gaza - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia dan Turkiye sepakat meningkatkan bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza, Palestin.
40 ditahan dalam Op Mabuk di Johor
Polis Johor menahan 40 individu terdiri daripada 37 warga tempatan dan tiga warga asing berumur 18 hingga 60 tahun dalam Op Mabuk di seluruh daerah di negeri ini sejak semalam hingga pagi tadi.
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.
Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini masih belum menemukan dua mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam di Long Menjawah, Belaga petang semalam.
10 Berita Pilihan - (17 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Hampir 30 pasangan Malaysia ke Selatan Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin
Kerajaan Selangor yakin sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu pada Julai ini boleh dicapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat
Malaysia optimis kerjasama dengan WHO melalui GPW14 akan membentuk masa depan kesihatan global.
‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.