NATIONAL

COVID-19: Pusat Sains, Planetarium Negara ditutup bermula hari ini

Najmi Syahiran Mamat 16/03/2020 | 03:28 MYT
Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup buat sementara waktu bermula hari ini. - Gambar Astro AWANI.
Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup buat sementara waktu bermula hari ini berikutan situasi terkini COVID-19 di negara ini.

Perkara itu disahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

“Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup sehingga keadaan mengizinkan,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Beliau yang menjangkakan ramai pelajar ingin mengunjungi kedua-dua pusat di bawah seliaan kementerian itu sempena cuti sekolah, berkata kesihatan rakyat perlu sentiasa diutamakan.
#coronavirus #COVID #COVID19 #Khairy Jamaluddin #Menteri Sains Teknologi dan Inovasi #pamdemik #Planetarium Negara #planetarium negara tutup #Pusat Sains Negara #pusat sains negara tutup