awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat Malaysia tak boleh lalai - MMA

Bernama
Bernama
04/10/2020
14:41 MYT
COVID-19: Rakyat Malaysia tak boleh lalai - MMA
Dr Subramaniam juga berkata sikap rakyat yang alpa terhadap pematuhan SOP seperti pemakaian pelitup muka dan kegagalan mematuhi penjarakan fizikal juga boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan kes. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Rakyat Malaysia tidak boleh berasa lalai dan seronok walaupun Malaysia diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai negara yang berjaya mengawal pandemik COVID-19 kerana virus ini masih wujud dalam komuniti.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Prof Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata pada satu ketika negara telah hampir bebas dari COVID-19, tetapi kealpaan masyarakat terhadap virus yang tersembunyi di dalam komuniti itu memungkinkan ia merebak semula.
"Walaupun kita diiktiraf WHO sebagai negara yang berjaya mengawal pandemik ini, tetapi kita tak boleh seronok, tak boleh lalai, ini rakyat kena faham, virus ini masih ada dalam komuniti, dan ia bukan tugas mudah untuk atasi (COVID-19)," katanya ditemu bual Bernama TV di sini hari ini..
Dr Subramaniam juga berkata sikap rakyat yang alpa terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti pemakaian pelitup muka dan kegagalan mematuhi penjarakan fizikal juga boleh menjadi penyumbang kepada peningkatan kes.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan pandemik itu, Dr Subramaniam berkata COVID-19 mungkin hanya dapat dicegah sepenuhnya dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi.
Beliau berkata tanpa vaksin dan ubat yang boleh merawat, ia bergantung sepenuhnya kepada kawalan kendiri masyarakat dalam mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian pandemik ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#lalai
#COVID-19
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#WHO
#virus
#Dr Subramaniam Muniandy
#SOP
#prosedur operasi standard
#penjarakan fizikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan