awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rekod paling tinggi, 19,819 kes baharu, 257 kematian

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/08/2021
07:32 MYT
COVID-19: Rekod paling tinggi, 19,819 kes baharu, 257 kematian
Negeri Selangor masih catat rekod tertinggi jangkitan baharu dengan 8,377 kes dilaporkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Penularan wabak COVID-19 dalam negara terus menyaksikan peningkatan apabila dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 19,819 kes baharu direkodkan sekali gus menjadikannya paling tinggi dalam sejarah sejak pandemik ini melanda dunia umumnya dan Malaysia khususnya.
Pertambahan angka berkenaan juga sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara ini sebanyak 1,183,110.
Kes kematian baharu turut melaporkan angka baharu tertinggi iaitu sebanyak 257 kes dengan jumlah kumulatif kini 9,855 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih terus merekodkan kes harian tinggi iaitu sebanyak 8,377 diikuti Kuala Lumpur (2,467) dan Kedah (1,371).
"Kes aktif dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 kini sebanyak 210,522 kes," katanya.
Berdasarkan kes baharu yang dilaporkan, terdapat 23 kes import yang menerima jangkitan dari luar negara mankala selebihnya merupakan penularan tempatan.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,069 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 553 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara jumlah pesakit yang pulih setakat ini pula sebanyak 962,733 termasuk jumlah kes sembuh baharu yang dilaporkan hari ini sebanyak 12,704.
Sehingga 4 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,819 kes (1,183,110 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 8,377 (434,025) WPKL - 2,467 (131,425) Johor - 1,162 (95,387) Sabah - 949 (88,848) Sarawak - 552 (78,763) Negeri Sembilan - 800 (74,778) pic.twitter.com/LiZmkEEh5h
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 4, 2021
Kedah - 1,371 (50,657) Pulau Pinang - 867 (48,917) Kelantan - 1,003 (45,923) Perak - 662 (40,749) Melaka - 508 (33,531) Pahang - 558 (26,773) Terengganu - 481 (18,712) WP Labuan - 5 (9,683) WP Putrajaya - 46 (4,187) Perlis - 11 (752)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 4, 2021
Topic Berkaitan
#COVID-19
#KKM
#koronavirus
#Dr Noor Hisham Abdullah
#kes baharu
#kes tertinggi
#kes kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan