awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Risiko pembekuan darah akibat jangkitan lebih tinggi berbanding kesan divaksin - Pakar

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
24/04/2021
08:26 MYT
COVID-19: Risiko pembekuan darah akibat jangkitan lebih tinggi berbanding kesan divaksin - Pakar
Prof Dr Adeeba Kamarulzaman menjelaskan, pembekuan darah hanya dikaitkan dengan beberapa vaksin sahaja seperti AstraZeneca serta Johnson & Johhson (J&J). - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Risiko berlakunya pembekuan darah yang disebabkan jangkitan COVID-19 adalah lebih tinggi berbanding kesan penerimaan vaksin pencegahan itu.
Pakar Perubatan dan Penyakit Berjangkit, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menjelaskan, pembekuan darah hanya dikaitkan dengan beberapa vaksin sahaja seperti AstraZeneca serta Johnson & Johhson (J&J).
Sedangkan kata beliau, vaksin yang digunakan di Malaysia ketika ini adalah Pfizer dan Sinovac.
"Mungkin ramai yang tidak tahu, jangkitan COVID-19 sendiri boleh menyebabkan pembekuan darah.
"Jika mereka sampai ke satu tahap sindrom yang serius, kita akan memberi rawatan mencegah pembekuan darah," katanya dalam sesi perbincangan bertajuk Vaksin vs COVID-19: Mana lebih mudarat? bersama Ketua Pengarang The Petri Dish, Dr Mahaletchumy Arujanan anjuran Science Media Centre Malaysia di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, merujuk kepada laporan antarabangsa, Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Masita Arip berkata, kejadian pembekuan darah hanya berlaku empat kes bagi setiap satu juta dos suntikan vaksin.
"Angka itu hanya meliputi kira-kira 0.0004 peratus daripada jumlah keseluruhan mereka yang divaksin," ujarnya.
Beliau turut menjelaskan, gejala-gejala yang disebabkan vaksin selalunya hanya berlaku empat hingga dua minggu selepas divaksin.
Katanya, mereka yang mempunyai gejala-gejala seperti sesak nafas, sakit dada, kaki bengkak, sakit perut yang lama, sakit kepala yang kuat, pandangan kabur atau tompokan halus merah pada permukaan kulit yang divaksin, dipercayai tindak balas kepada imuniti supaya merujuk klinik berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#vaksin
#Pfizer-BioNTech
#Sinovac
#Astazeneca
#JOhnson&Johnson
#pakar perubatan
#gejala
#pembekuan darah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan