[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

COVID-19: R-naught negara meningkat 1.07, Pahang tertinggi dengan 1.24

Astro Awani 03/07/2021 | 22:04 MYT
Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan trend peningkatan ketika negara berada dalam sekatan pergerakan penuh. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan trend peningkatan ketika negara berada dalam sekatan pergerakan penuh.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang dicatatkan sepanjang sekatan pergerakan penuh ialah 0.90 pada 12 Jun dan kini meningkat kepada 1.07, pada Sabtu.
Malah nilai tersebut meningkat selama lebih tujuh hari berturut-turut sejak 25 Jun lalu.
Empat negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.
Pahang mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.24.
Ini diikuti Putrajaya, Melaka, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah.
Seterusnya, Negeri Sembilan, Perak, Labuan, Sarawak, Johor, Kelantan dan Terengganu.
Perlis satu-satunya negeri mencatatkan dua kes baharu COVID-19.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
#COVID-19 #kadar kebolehjangkitan #R-Naught #Pahang #sekatan pergerakan penuh #purata kebangsaan #kes positif