MALAYSIA
COVID-19: R-naught negara turun kepada 1.1, Perlis tertinggi

Negeri yang di bawah purata kebangsaan termasuk Selangor, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Labuan.
KADAR kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia terus catat penurunan.
Pada Sabtu, ia susut ke 1.10 berbanding 1.12 pada hari sebelumnya.
11 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi atau sama purata kebangsaan.
Perlis catat kadar tertinggi dengan 1.47 diikuti Terengganu dan Kelantan.
Seterusnya Kedah, Sabah, Perak, Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang serta Kuala Lumpur.
Negeri yang di bawah purata kebangsaan termasuk Selangor, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Labuan.
Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.
Manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.
Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami