[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

COVID-19: Sabah catat 3,333 kes baharu, 3,318 adalah Kategori 1 dan 2

Astro Awani 09/02/2022 | 06:33 MYT
Masidi (gambar) berkata, daripada jumlah keseluruhan, 3,318 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Sabah terus merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 kepada 3,333 kes pada Rabu, kata Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata, tiga kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan Kluster Institusi Pendidikan direkodkan iaitu SMK Simpangan, Paitan; SMK Bukit Garam 1, Kinabatangan dan Institusi Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Keningau.
Dalam ciapan di Twitter, Masidi berkata, Kota Kinabalu mencatatkan 591 kes diikuti Sandakan 510 kes; Penampang (324 kes); Tuaran (226 kes); Papar (224 kes); Ranau (196 kes) serta Tawau 191 kes.
"Daripada jumlah keseluruhan 1,075 atau 52 peratus adalah kes bergejala.
"Manakala 3,318 kes atau 99.55 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2," katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihati rakyat negeri tersebut untuk mengelak dari berkunjung ke lokasi sesak.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berita lanjut menyusul
#Kes positif Sabah #Masidi Manjun #Kota Kinabalu catat kes tinggi #Kes positif bergejala