awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sabah catat kes tertinggi dikesan menerusi saringan bergejala

Bernama
Bernama
01/02/2022
20:43 MYT
COVID-19: Sabah catat kes tertinggi dikesan menerusi saringan bergejala
Sandakan menjadi daerah mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 141 kes dengan 93 kes dikesan menerusi saringan bergejala. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 251 kes COVID-19 yang dikesan melalui saringan bergejala, iaitu antara tertinggi pernah direkodkan daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata berkata jumlah tersebut adalah 51.22 peratus daripada 490 kes baharu yang direkodkan di negeri itu semalam.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata Sandakan menjadi daerah mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 141 kes dengan 93 kes dikesan menerusi saringan bergejala.
"Ini (kes tinggi saringan bergejala) menandakan bahawa jangkitan ini sudah menyusup jauh dalam komuniti," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Sementara itu, Masidi berkata Sabah terus merekodkan tambahan kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Apas Batu Lima di Tawau, melibatkan 12 kes kumulatif setakat ini.
Beliau berkata bagi Kluster Jalan Apas, kes indeks adalah seorang pelajar perempuan tingkatan 5 yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 26 Jan lepas, dengan semua kontak rapat tidak bergejala diperintah menjalani kuarantin.
Dalam pada itu, Masidi berkata jumlah kes yang direkodkan semalam menunjukkan peningkatan tinggi berbanding 367 kes dicatat semalam, manakala 252 pesakit sembuh dan 825 pesakit masih dirawat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sabah
#Masidi Manjun
#kluster institusi pendidikan
#saringan bergejala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan