awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sabah tetapkan majlis fizikal tidak lebih 2 jam, wajib jalani RTK

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2022
05:55 MYT
COVID-19: Sabah tetapkan majlis fizikal tidak lebih 2 jam, wajib jalani RTK
Safar berkata, kerajaan negeri juga menyarankan penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi ditunda bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sabah memutuskan untuk mengehadkan penganjuran majlis secara fizikal selama dua jam selain kapasiti maksimum satu pertiga ruang premis dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, penganjuran majlis secara fizikal juga hendaklah mewajibkan individu yang hadir menjalani Ujian RTK-Antigen air liur atau daripada pengamal perubatan.
Safar dipetik berkata demikian menerusi surat arahan yang dikeluarkan bertarikh 9 Februari 2022.
"Kerajaan negeri juga menyarankan penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi ditunda bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19.
"Bagaimanapun ia boleh diadakan secara dalam talian bagi mengawal jangkitan," katanya.
Foto Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah
Foto Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Sabah
Arahan itu susulan jumlah kes harian COVID-19 di Sabah mengalami peningkatan mendadak sejak kebelakangan ini.
Trend laporan kes harian jangkitan COVID-19 sejak lima hari lalu melepasi angka 1,000 dan kes positif dijangka terus meningkat jika semua pihak gagal mematuhi SOP.
Semalam, Sabah merekodkan 3,333 kes positif baharu COVID-19.
Topic Berkaitan
#Majlis fizikal
#Sabah COVID-19
#Safar Untong
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan