awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sarawak catat tiga kematian, 1,555 kes positif

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
16/03/2022
09:28 MYT
COVID-19: Sarawak catat tiga kematian, 1,555 kes positif
Katanya, dua kematian direkodkan pada 13 Mac manakala satu kematian pada 15 Mac 2022.
KUCHING: Tiga kematian melibatkan warga emas berkaitan jangkitan COVID-19 dilaporkan di Sibu.
Kemas kini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan kesemua mereka berusia 71 hingga 91 tahun dan mempunyai ko-morbiditi.
Katanya, dua kematian direkodkan pada 13 Mac manakala satu kematian pada 15 Mac 2022.
Sementara itu, sejumlah 1,555 kes positif baharu dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif kepada 283,018 kes.
Daripada jumlah tersebut, 13 kes bersamaan 0.84 peratus merupakan kategori 3 hingga 5 melibatkan jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Manakala 1,542 kes selebihnya bersamaan 99.16 peratus adalah jangkitan yang tidak bergejala atau bergejala ringan sahaja yang tidak memerlukan perhatian perubatan.
Daerah Kuching kekal dengan kes harian tertinggi dengan 660 kes, diikuti Miri 206 kes, Bintulu 128 kes dan Sibu 116 kes.
Selain itu, 12 daerah mencatatkan kes dua angka, 20 daerah lagi kes satu angka, dan empat daerah sifar kes baharu.
Dalam pada itu, tiada kluster baharu diisytiharkan menjadikan jumlah kluster aktif kekal kepada lima kluster, di mana Kluster DTI Semuja menambah empat kes baharu.
Topic Berkaitan
#Kes Sarawak
#Kematian di Sarawak
#JPBN Sarawak
#oksigen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan