MALAYSIA
COVID-19: Satu lagi kluster baharu dikesan di Semporna, Sabah
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti satu kluster baharu di Semporna, Sabah; Kluster Bakau.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, kluster itu kini menjangkiti tiga individu.
"Kes indeks kluster ini adalah seorang perempuan warganegara Filipina (iaitu kes ke-10145) yang merupakan kes kematian ke129 yang telah dilaporkan pada 18 September 2020.
"Saringan COVID-19 kes indeks didapati positif pada 16 September 2020.
"Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bakau dikenal pasti.
"Dua kes positif ini melibatkan satu warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara Filipina," katanya.
Dengan pengesanan kluster baharu ini, ia menjadikan sejumlah lima kluster dikesan di negeri Sabah terutama di perairan pantai timur negeri itu.
Dr Noor Hisham menambah, kedua-dua kes telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.
Menurutnya lagi, sehingga 12 tengah hari, hari ini sejumlah 109 individu telah disaring di mana 106 individu lagi masih menunggu keputusan.
Jelasnya, langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di Hospital Semporna.
Punca jangkitan masih dalam siasatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami