MALAYSIA

COVID-19: Selangor capai 80.2 peratus vaksinasi - MB

Bernama 18/08/2021 | 21:02 MYT
Amirudin berkata, sejumlah 54.9 peratus atau 2.61 juta orang pula telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin di negeri itu. -Gambar fail
SHAH ALAM: Sejumlah 80.2 peratus atau 3.81 juta populasi dewasa di Selangor telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat Rabu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi hantaran di Twitter, beliau berkata sejumlah 54.9 peratus atau 2.61 juta orang pula telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin di negeri itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Katanya menerusi Program Vaksin Selangor (SelVAX), sebanyak 304,784 dos tambahan vaksin telah diberikan.


Amirudin berkata usaha yang digembleng menerusi SelVAX dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menyaksikan sejumlah 6.42 juta dos suntikan vaksin telah diberikan di Selangor.

Selangor dan Kuala Lumpur adalah dua negeri yang terlibat dalam 'operasi lonjakan kapasiti' bagi membendung penularan pandemik itu di Lembah Klang sejak bulan lepas.

-- BERNAMA
#Selangor #vaksinasi #Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan #program vaksin selangor #Menteri Besar #Amirudin Shari