MALAYSIA

COVID-19: Selangor masih sumbang kes baharu tertinggi, ini tumpuan kenyataan media KKM

Hilmi Malik 03/02/2021 | 10:55 MYT
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 18 kes kematian baharu, jumlah keseluruhan kini 809 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Selangor kekal menjadi negeri merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,572 kes.

Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 3 Februari.

1. Sebanyak 4,284 kes baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia, jumlah kes keseluruhan sebanyak 226,912 kes.

2. Sebanyak 18 kes kematian baharu, jumlah keseluruhan kini 809 kes.

3. Kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 kini mencecah 48,309 kes.

4. Sebanyak 307 kes sedang dirawat di ICU, 141 kes memerlukan bantuan pernafasan.

5. KKM sahkan pertambahan 13 kluster baharu.
#Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #KKM #COVID-19 #koronavirus #kes kematian #Kluster baharu