awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Selepas tiga bulan merosot, sektor peruncitan kembali pulih

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
18/08/2020
22:50 MYT
COVID-19: Selepas tiga bulan merosot, sektor peruncitan kembali pulih
Mustapa (tengah) mengakui, penutupan sempadan memberi impak besar kepada pengembangan ekonomi negara. - Foto Astro AWANI
Selepas mengalami kemorosatan akibat pandemik COVID-19 khususnya pada Mac, April dan Mei lalu, sektor peruncitan kini menunjukkan keadaan kembali pulih.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed memaklumkan, data terkini Persatuan Pengurusan Kompleks pada Julai menunjukkan hampir 95 peratus premis peruncitan kembali beroperasi dengan mencatatkan jumlah pengunjung sehingga 80 peratus.
Mustapa pada masa sama mengakui, penutupan sempadan memberi impak besar kepada pengembangan ekonomi negara.
"Oleh kerana sektor pelancongan masih menghadapi banyak cabaran, maka dalam sektor peruncitan, kita menjangkakan ia akan mengambil sedikit masa untuk mencapai sehingga 100 peratus kembali," katanya.
Beliau ditemui selepas mengadakan tinjauan dan libat urus sektor peruncitan Sunway Pyramid di sini pada Selasa.
Ia bertujuan melihat status terkini pemulihan sektor peruncitan selepas semua sektor ekonomi dibuka pada Jun lalu selaras keputusan Majlis Tindakan Ekonomi (EAC).
EAC yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan pemantauan pemulihan ekonomi negara dilaksanakan di peringkat akar umbi.
BACA: KPDNHEP sasar sumbang KDNK RM100 bilion menerusi Kempen Jualan Malaysia
Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi yang turut hadir berkata, kementeriannya sedang giat menjalankan Kempen Jualan Malaysia dan Beli Barangan Malaysia sehingga Disember ini.
"Tujuan utamanya tak lain tak bukan ialah untuk kita menggerakkan dan merancakkan lagi sektor peruncitan ini, yang merupakan sektor penting dalam ekonomi kita," ujarnya.
Katanya, sejak kempen tersebut dilaksanakan, sebanyak 7,253 cawangan telah memohon untuk menyertai Jualan Malaysia sementara 1,720 cawangan memohon untuk Beli Barangan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Beli Barangan Malaysia
#COVID-19
#ekonomi
#kempen
#Kempen Jualan Malaysia
#KPDNHEP
#Mustapa Mohamed
#pembukaan semula ekonomi
#Persatuan Pengurusan Kompleks
#runcit
#sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan