awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Semua perhimpunan, mesyuarat antarabangsa ditangguh sehingga 30 April - PM

Fareez Azman
Fareez Azman
13/03/2020
13:10 MYT
COVID-19: Semua perhimpunan, mesyuarat antarabangsa ditangguh sehingga 30 April - PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap dalam perutusan khas berkaitan COVID-19 pada Jumaat. - Foto: Jabatan Penerangan
Kerajaan memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa ditangguhkan sehingga 30 April depan.
Demikian jelas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana langkah itu diambil bagi menangani penularan COVID-19 di negara ini.
"Kerajaan telah memutuskan agar semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020. Keputusan ini akan diteliti semula sekiranya situasi COVID-19 bertambah baik," kata Perdana Menteri dalam perutusan khas berkaitan COVID-19 pada Jumaat malam.
Malah Muhyiddin berharap agar garis panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid seperti mana yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri diikuti pihak berkuasa Agama Islam di Negeri,
"Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan Garis Panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid untuk mengelakkan penularan COVID-19.
"Saya berharap pihak berkuasa Agama Islam di negeri-negeri turut mengeluarkan garis panduan yang serupa dengan mengambil kira nasihat dan arahan daripada pihak berkuasa, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia," jelas Muhyiddin
Acara keagamaan berskala besar pula perlu mengambil kira nasihat dan arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Islam
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Malaysia
#Muhyiddin Yassin
#penularan
#Perdana Menteri
#perhimpunan
#Perutusan Khas
#PM
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan