awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sidang DUN Kedah berlangsung 25 minit

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/04/2020
03:45 MYT
COVID-19: Sidang DUN Kedah berlangsung 25 minit
Semua ADUN memakai penutup hidung dan mulut serta duduk dalam keadaan penjarakan sosial yang selamat. Foto Astro AWANI
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 berlangsung hanya 25 minit hari ini, di Wisma Darul Aman di sini, dengan dihadiri kesemua 36 Ahli DUN (ADUN).
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, walaupun berlangsung ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19, kesemua ADUN mengikuti tatacara yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Kesemua mereka dilihat memakai topeng penutup hidung dan mulut serta duduk dalam keadaan penjarakan sosial yang selamat.
Jelas Mukhriz, mesyuarat pada kali ini terpaksa dilangsungkan bagi mengelak berbangkit masalah undang-undang sekiranya Mesyuarat Pertama melepasi tempoh enam bulan dari mesyuarat sebelumnya, sepertimana termaktub di bawah Perkara 53 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.
Tarikh akhir genap enam bulan adalah pada 24 April 2020, selepas Sidang DUN bagi Mesyuarat Bajet Negeri Kedah 2020 ditangguhkan pada 24 Oktober, 2019.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Setelah ditunda tiga kali, sidang Dewan diadakan hari ini.
Kata Mukhriz, mesyuarat hari ini hanya dihadiri ADUN dan pegawai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri manakala ketua jabatan atau wakil tidak dijemput, kecuali Pemangku Pengarah Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah dan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.
Tempat duduk Ahli Dewan dan yang lain dijarakkan, selain semua yang hadir diimbas suhu badan dan menggunakan cecair sanitasi tangan.
Foto Astro AWANI
Foto Astro AWANI
Setiap Ahli Dewan dimestikan menandatangani surat deklarasi tahap kesihatan sebelum memasuki kamar DUN.
Hanya satu usul dibentangkan dalam mesyuarat kali ini iaitu Laporan Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri Kedah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dewan Undangan Negeri
#DUN Kedah
#penjarakan sosial
#penutup hidung dan mulut
#sidang dun
#topeng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan