awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Subvarian JN.1 tidak berbahaya, tiada kematian dilaporkan - KKM

Bernama
Bernama
12/06/2025
11:15 MYT
COVID-19: Subvarian JN.1 tidak berbahaya, tiada kematian dilaporkan - KKM
Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu COVID-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian-varian pada awal kemunculan wabak itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). - Foto hiasan/REUTERS
PUTRAJAYA: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu COVID-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian-varian pada awal kemunculan wabak itu, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam kenyataan hari ini, KKM memaklumkan bahawa meskipun terdapat peningkatan kes COVID-19 dalam komuniti sejak kebelakangan ini, purata kes mingguan masih kekal di bawah paras amaran kebangsaan dan tiada kematian dilaporkan setakat ini.
"Situasi ini selaras dengan peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Jangkitan juga dapat dikawal sekiranya tahap imunisasi dalam tubuh berada pada tahap optimum," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, golongan berisiko tinggi digalakkan mendapatkan suntikan dos tambahan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan, komplikasi serius dan kematian akibat wabak berkenaan.
Pemberian vaksin COVID-19 turut digalakkan kepada individu berisiko tinggi, termasuk mereka yang belum menerima vaksin sebelum ini; individu berumur 18 tahun dan ke atas; individu berumur 12 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi atau masalah sistem imun (immunocompromised); ibu mengandung serta anggota kesihatan.
Vaksin COVID-19 diberikan secara sukarela dan percuma di klinik kesihatan kerajaan terpilih di seluruh negara dan individu yang layak boleh membuat tempahan janji temu melalui aplikasi MySejahtera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#subvarian JN 1
#KKM
#varian baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan