awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
Maritim Perak selamatkan kru kapal dagang warga India yang cedera
Obor-obor hantu gergasi ditemui terapung di laut berhampiran Argentina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tawau masih catat kes tertinggi di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
26/04/2021
15:56 MYT
COVID-19: Tawau masih catat kes tertinggi di Sabah
Sebanyak tujuh daerah masih dikategorikan sebagai zon merah, iaitu Tawau, Sandakan, Putatan, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kinabatangan dan yang terkini Papar. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Tawau kekal sebagai daerah yang mencatatkan pertambahan kes COVID-19 tertinggi dengan 40 kes pada Isnin.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata dua kes kematian turut dicatatkan dari daerah tersebut.
"Kes harian baharu Sabah menurun kepada 88 kes pada hari ini, berbanding 121 kes kelmarin. Tawau kekal tertinggi dengan 40 kes baharu, Kalabakan 11 kes, Penampang 6 kes," katanya menerusi ciapan di laman Twitter beliau, pada Isnin.
Daripada 88 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 64 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, lapan kes saringan bergejala, lapan kes dari kluster baharu dan sedia ada serta lapan kes dari lain-lain kategori.
Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri ini berkata, setakat hari ini, sebanyak tujuh daerah masih dikategorikan sebagai zon merah, iaitu Tawau, Sandakan, Putatan, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kinabatangan dan yang terkini Papar.
"Daerah Tuaran berubah dari zon merah ke zon jingga, Papar berubah dari zon jingga ke zon merah, Penampang bertukar dari zon kuning ke zon jingga dan Telupid bertukar dari zon hijau ke zon kuning," katanya dalam kenyataan media berkaitan laporan harian COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sabah
#Tawau
#daerah tertinggi catat kes covid
#Masidi Manjun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan