awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Terengganu peruntuk RM4 juta bantu peniaga terjejas

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2020
01:12 MYT
COVID-19: Terengganu peruntuk RM4 juta bantu peniaga terjejas
Mohd Nurkhuzaini berkata para peniaga boleh membuat pemohonan itu menerusi YPU. -Astro AWANI
Kerajaan negeri Terengganu memperuntukkan RM4 juta bagi membantu peniaga yang terjejas teruk berikutan penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman berkata para peniaga boleh membuat pemohonan itu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).
Jelasnya YPU akan menilai kesemua permohonan yang dilakukan sebelum meluluskannya.
"Kita ada bantuan dari peringkat YPU kita dah uar-uarkan sejak 6 heribulan lepas.
"Khusus kepada peniaga-peniaga dan usahawan-usahawan, kita ada tabung pemulihan PKS. Kepada usahawan, kita peruntukkan RM4 juta kepada mereka dan setiap permohonan maksimum RM50,000," kata Mohd Nurkhuzaini.
Beliau berkata kesemua permohonan itu perlu dilakukan menerusi dalam talian dan para peniaga boleh melayari laman web YPU untuk butiran lanjut.
Sementara itu, kerajaan Terengganu turut mewujudkan platform Ganu Shop bagi membantu usahawan industri kecil sederhana (IKS) memasar dan menjual produk mereka bukan hanya di bulan Ramadan sahaja.
Ia sekali gus memberi peluang kepada 800 penghantar makanan atau “runner” menyuntik sumber kewangan mereka.
Ganushop ialah platform perniagaan yang disediakan kerajaan negeri melalui YPU Terengganu susulan pembatalan bazar Ramadan tahun ini untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Orang ramai boleh memuat turun aplikasi ‘GanuShop’ di telefon pintar mereka untuk mendapatkan pelbagai barangan sepanjang Ramadan seperti makanan, minuman, pakaian dan produk sejuk beku.
Topic Berkaitan
#bantuan RM4 juta
#COVID-19
#koronavirus
#Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman
#peniaga terjejas
#Ramadan
#terengganu
#Yayasan Pembangunan Usahawan
#YPU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan