RAKYAT Amerika Syarikat (AS) yang telah diberikan vaksin COVID-19 sepenuhnya tidak memerlukan suntikan tambahan atau ketiga buat masa ini.

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Bagaimanapun kedua-dua agensi itu berkata mereka bersedia meningkatkan dos suntikan sekiranya sains menunjukkan ia diperlukan.

Manakala Agensi Ubat-Ubatan Eropah (EMA) pula menyatakan masih terlalu awal untuk menentukan sama ada suntikan ketiga diperlukan.

Katanya EMA yakin buat masa ini rejimen sedia ada sudah mencukupi.

Beberapa saintis juga turut mempersoalkan keperluan suntikan ketiga vaksin COVID-19.

Pfizer-BioNTech merancang untuk meminta FDA dan EMA meluluskan suntikan ketiga berdasarkan bukti risiko jangkitan lebih besar enam bulan selepas divaksinasi dengan kebimbangan varian Delta.

Ketua Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Dolsten, menyatakan penurunan keberkesanan vaksin di Israel baru-baru ini disebabkan oleh jangkitan pada orang yang telah diberi vaksin pada Januari atau Februari.

Kementerian Kesihatan negara itu mengatakan keberkesanan vaksin dalam mencegah jangkitan dan penyakit simptom menurun kepada 64 peratus pada bulan Jun.

Data Pfizer dari AS menunjukkan kemerosotan keberkesanan vaksin pada usia pertengahan tahun 80an setelah enam bulan.

Beliau menekankan data dari Israel dan Britain menunjukkan walaupun dengan tahap antibodi berkurangan, vaksin tetap sekitar 95 peratus berkesan terhadap gejala yang parah.

BACA: Varian Delta: Pfizer rancang minta kelulusan suntikan dos ketiga vaksin

BACA: COVID-19: Indonesia beri vaksin ketiga untuk petugas kesihatan