awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiada kluster rentas negeri, KKM jangka 7 atau 8 daerah akan berstatus hijau

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/02/2021
06:15 MYT
COVID-19: Tiada kluster rentas negeri, KKM jangka 7 atau 8 daerah akan berstatus hijau
Menurut Dr Adham, perkembangan positif itu susulan daripada larangan rentas negeri yang dikuat-kuasakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan pada 13 Januari lalu. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan tujuh atau lapan kawasan di Semenanjung akan bertukar status ke Zon Hijau dalam masa terdekat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, setakat ini dua kawasan masing-masing di Lipis dan Bera, Pahang telah dikategorikan Zon Hijau.
Jelas beliau, perkembangan positif itu susulan daripada larangan rentas negeri yang dikuat-kuasakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan pada 13 Januari lalu.
DAPATKAN PERKEMBANGAN JEJAK COVID-19 DI SINI
“Saya hanya sebut di semenanjung, di Sabah dan Sarawak belum kerana Sarawak masih ada kawasan hijau dan Sabah tiada lagi.
“Kita jangkakan dengan tiada kes rentas negeri, saya dapat dapat jangka lebih kurang tujuh atau lapan lagi daerah akan menjadi Zon Hijau dengan kes yang dapat dikurangkan (susulan larangan rentas negeri,” katanya pada Sesi Bersama Media di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata KKM tidak mengesan mana-mana Kluster Rentas Negeri sejak 7 Disember tahun lalu hingga 8 Februari ini.
Katanya, sebanyak 31 Kluster Rentas Negeri dengan 4,376 kes jangkitan direkodkan melibatkan lapan negeri iaitu Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Sarawak serta Wilayah Persekutuan.
"Ini adalah perkembangan yang sangat baik sebagai menggambarkan keberkesanan penguatkuasaan lebih ketat yang dilaksanakan dalam PKP sejak 4 Februari lalu.
"Perkembangan ini juga menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan pelbagai pihak dan keberkesanan pematuhan untuk tidak merentas sempadan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKP 2 0
#Dr Adham Baba
#Sabah
#Semenanjung
#Sarawak
#Negeri Sembilan
#Kedah
#Perak
#terengganu
#Wilayah Persekutuan
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan