awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tidak berdosa tinggalkan solat Jumaat jika tidak terpilih - Mufti Selangor

Bernama
Bernama
12/06/2020
21:43 MYT
COVID-19: Tidak berdosa tinggalkan solat Jumaat jika tidak terpilih - Mufti Selangor
Bagi jemaah yang tidak menerima jemputan, mereka perlu menunggu untuk solat Jumaat pada minggu berikutnya dan dilarang hadir ke masjid sebaliknya menunaikan solat zuhur di rumah masing-masing. Foto: Astro AWANI/ Shahir Omar
Tidak menjadi dosa ke atas mereka yang tidak menerima 'kad jemputan' untuk menunaikan solat Jumaat di 39 masjid terpilih di negeri ini jika tidak menunaikan solat berkenaan, jelas Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid.
Menurutnya mereka yang tidak terpilih menjadi 40 jemaah ini disebabkan langkah pencegahan diambil kerajaan bagi membendung COVID-19 boleh menggantikan solat berkenaan dengan solat zuhur.
"Sebagai umat Islam, kita perlu akur dengan ketetapan ini walaupun berat untuk diterima. Namun, ulil amri (pemerintah) bertanggungjawab melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang terbaik demi menjaga kemaslahatan umum," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mohd Tamyes berkata ketetapan itu dibuat berdasarkan perkembangan terkini wabak COVID-19 yang belum ada penawarnya, maka langkah pencegahan untuk menjaga keselamatan dan nyawa tetap diteruskan berlandaskan prinsip maqasid syariah.
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dilakukan dengan 40 jemaah, tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, di 39 masjid terpilih di negeri itu bermula hari ini.
Bagaimanapun, pelaksanaan solat Jumaat harus mengikut garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Garis panduan JAIS menetapkan mana-mana umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat perlu membuat permohonan secara dalam talian menerusi Google Form atau mengisi borang yang disediakan oleh pihak masjid dan sekiranya memenuhi SOP, mereka akan diberi 'kad jemputan' tersebut.
Bagi jemaah yang tidak menerima jemputan, mereka perlu menunggu untuk solat Jumaat pada minggu berikutnya dan dilarang hadir ke masjid sebaliknya menunaikan solat zuhur di rumah masing-masing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#dosa
#kad jemputan
#koronavirus
#Majlis Keselamatan Negara
#masjid
#Solat Jumaat
#solat Zuhur
#Sultan Selangor
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan