COVID-19: Tiga Ahli Parlimen positif, empat lagi disahkan kontak rapat

Firdaus Azil
Julai 24, 2021 11:27 MYT
Ujian yang dijalankan pada hari yang sama turut mendapati 35 petugas Parlimen positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Parlimen didapati gagal dalam ujian saringan COVID-19 yang dijalankan pada Jumaat.
Sumber memberitahu Astro Awani, empat orang lagi Ahli Parlimen disahkan kontak rapat.
Ketujuh-tujuh Ahli Parlimen itu kini dilaporkan sedang menjalani kuarantin wajib.
Selain itu, ujian yang dijalankan pada hari yang sama turut mendapati 35 petugas Parlimen positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin.
Astro Awani kini sedang dalam usaha mendapatkan identiti ketujuh-tujuh Ahli Parlimen berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sebagai berkata, majoriti Ahli-ahli Parlimen sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin covid-19.
Manakala empat lagi Ahli Parlimen masih belum divaksinasi atas sebab-sebab tertentu.
Namun, kata Azhar, kesemua mereka dibenarkan hadir menyertai mesyuarat khas itu kerana Ahli-ahli Parlimen berkenaan masih perlu melaksanakan tugas mengikut Perlembagaan Persekutuan.
#COVID-19 #ahli Parlimen #positif #Dewan Rakyat #kontak rapat #Speaker #Mesyuarat Khas #Tiga Ahli Parlimen positif