awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tikus tidak mungkin pupus, ini masa untuk menghapus

Razak Chik
Razak Chik
08/04/2020
12:05 MYT
COVID-19: Tikus tidak mungkin pupus, ini masa untuk menghapus
Kekurangan sumber makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan tikus keluar hari siang kelaparan. - Gambar fail/Unsplash
JANGAN terperanjat jika anda terserempak tikus berkeliaran pada siang hari kebelakangan ini dalam suasana Perintah Kawalan Pergerkan (PKP).
Penutupan restoran dan warung serta perintah kuarantin menyebabkan punca makanan mamalia pembawa pelbagai penyakit ini berkurangan.
Lebih daripada itu, longkang dan tepi jalan tidak lagi menjadi meja hidangan dengan berakhirnya tabiat membuang bungkusan dan sisa makanan sudah tiga minggu PKP berkuat kuasa.
Kelaparan yang melampau dan naluri untuk terus hidup menyebabkan tikus keluar dari sarang dalam longkang atau terowong dalam tanah untuk berhijrah ke dalam rumah.
Tidak kurang juga kumpulan tikus yang berkeliaran bertindak agresif bercakaran sesama sendiri berebut makanan. Jangan terperanjat jika ada pasangan yang bertarung dan yang menang bertindak kanibal kerana kelaparan.
Menurut pakar pembasmi makhluk perosak, ini adalah masa paling baik bagi pihak berkuasa tempatan bertindak menangani masalah tikus.
Namun 'perangkap' paling efektif adalah kebersihan dan tabiat tidak membuang sisa makanan merata-rata. Penggunaan perangkap pada waktu ini agak berkesan kerana tikus lapar mudah tertarik kepada umpan makanan.
Agar tidak terdedah kepada bahaya tikus yang mencari punca makanan dan bertapak dalam rumah, penghuni dinasihati menutup ketat sebarang lubang mahupun ruang pada paras lantai. Tikus juga mudah memanjat ikut batang paip yang bersandar di dinding.
Dalam rumah pula, pastikan tiada ruang barangan berselerak yang pasti sesuai untuk tikus bersarang. Sebolehnya, makanan disimpan dalam balang dan tidak terdedah.
Tikus kelaparan mampu merobek wayar elektrik dan ini berkemungkinan menyebabkan kebakaran.
Tabiat kotor hanya akan memberi kesempatan tikus menyebar sehingga 55 jenis kuman dan patogen tetapi belum ada laporan mampu membawa virus baharu korona.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan