awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tinggal 0.3% belum lengkap vaksin, kelonggaran rentas negeri dijangka diumum hari ini

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2021
01:40 MYT
COVID-19: Tinggal 0.3% belum lengkap vaksin, kelonggaran rentas negeri dijangka diumum hari ini
Seramai 204,536 atau 6.5 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Sasaran untuk capai kadar 90 peratus populasi dewasa yang lengkap vaksinasi semakin hampir.
Berbaki hanya 0.3 peratus lagi selepas 89.7 peratus populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kelonggaran rentas negeri hari ini.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, seramai 21.003 juta individu lengkap divaksinasi sementara 22.17 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi keseluruhan, seramai 21.10 juta individu atau 64.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 74.8 peratus atau 24.42 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 204,536 atau 6.5 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Terdapat pertambahan 141,897 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 45.52 juta dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PICK
#vaksin
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan