awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Eizlan Yusof kongsi khabar gembira kelahiran cahaya mata kedua
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UUM tangguh pendaftaran kemasukan pelajar Ijazah Sarjana Muda

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
15/09/2020
10:26 MYT
COVID-19: UUM tangguh pendaftaran kemasukan pelajar Ijazah Sarjana Muda
kesemua keputusan yang dibuat pihak pengurusan UUM telah diperhalusi sebelum mendapatkan pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN). -Gambar fail
Universiti Utara Malaysia (UUM) menangguhkan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baharu Ijazah Sarjana Muda Sesi 2020/2021 secara fizikal yang dijadualkan pada 5 dan 6 Oktober ini kepada 23 dan 24 Oktober depan berikutan keadaan semasa COVID-19 di Kedah.
Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar dan Akademik) UUM, Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali, berkata bagaimanapun, program Minggu Suai Kenal akan berlangsung seperti biasa bermula 7 Oktober sehingga 8 Oktober secara dalam talian.
"Selain itu, sesi pendaftaran kemasukan pelajar lama secara fizikal bagi sesi 2020/2021 turut ditangguhkan kepada 31 Oktober berbanding tarikh asal yang dijadualkan berlangsung pada 11 Oktober.
"Bagaimanapun sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) yang akan bermula pada 11 Oktober depan bagi sesi berkenaan tetap akan dilangsungkan secara atas talian," katanya di sini pada Selasa.
Menurut beliau, kesemua keputusan yang dibuat pihak pengurusan UUM telah diperhalusi sebelum mendapatkan pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di bawah Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.
Katanya, pengurusan universiti berkenaan turut memantau perkembangan semasa situasi penularan COVID-19 di negeri Kedah dan sentiasa prihatin dengan keselamatan warga UUM.
Pada 21 Ogos lalu, UUM menyatakan kesediaan untuk akur terhadap sebarang arahan yang akan dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terutama berkaitan penangguhan pendaftaran pelajar baharu yang dijadualkan pada Oktober depan berikutan keadaan semasa jangkitan COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kedah
#kerajaan
#keselamatan
#Majlis Keselamatan Negara
#Malaysia
#pelajar
#pengajaran dan pembelajaran
#Sarawak
#sarjana muda
#tangguh
#TEMCO
#UUM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan