KUALA LUMPUR: Varian Lambda atau C.37 kini menjadi antara varian baharu COVID-19 yang telah dikesan di lebih 30 negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam kemas kini Epidemiologi Mingguan COVID-19 masih mengklasifikasi varian ini sebagai varian yang perlu mendapat perhatian(VOI).

Berikut antara perkara penting yang perlu anda tahu berkenaan varian ini:

1. Varian ini mula dikesan seawal bulan Ogos tahun 2020 di Peru.

2. Pada pertengahan Jun 2020, varian itu dikesan di lebih 30 negara dan wilayah terutama di Amerika Selatan.

3. Varian ini membawa pelbagai mutasi, sekali gus memberi implikasi fenotip.

4. WHO memaklumkan bukti berkenaan kesan mutasi ini masih belum kukuh.

5. Lebih 80 peratus jangkitan di Peru sejak April lalu berkait varian Lambda.

6. Di Chile, pihak berkuasa mendapati kadar penularan varian Lambda seperti varian Gamma.

7. WHO masih kekalkan status Lambda sebagai Varian Yang Perlu Mendapat Perhatian (VOI).

Sumber: Weekly Epidemiological Update WHO
Kemas kini: 6 Julai 2021