awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Warga Malaysia antara tiga kes import gejala di Singapura

Bernama
Bernama
09/01/2021
02:45 MYT
COVID-19: Warga Malaysia antara tiga kes import gejala di Singapura
Seorang lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun adalah antara tiga kes import gejala yang dilaporkan di Singapura pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu. -Gambar fail
SINGAPURA:Seorang lelaki warga Malaysia berusia 50 tahun adalah antara tiga kes import gejala yang dilaporkan di Singapura pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.
Dilabelkan sebagai Kes 59085, beliau adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia, menurut MOH dalam data penuh yang dikeluarkan, di sini, hari ini.
Dua lagi kes import gejala, kedua-duanya dari India.
Setakat tengah hari Jumaat, negara kota itu melaporkan 23 kes baharu, dua dalam komuniti dan 21 import, menjadikan keseluruhan kes di negara itu kini 58,836.
Daripada keseluruhan jumlah kes baharu itu, 18 adalah asimptomatik dan dikesan daripada saringan dan pengawasan proaktif kementerian, manakala lima lagi bergejala termasuk dua kes komuniti itu.
Pada Jumaat, Singapura melaporkan kes lain di Azur, Crowne Plaza Changi Airport, melibatkan seorang lelaki warga Singapura berusia 20 tahun, yang diuji positif bagi strain B117.
Setakat ini, dua lagi kes dilaporkan bekerja di tempat sama termasuk seorang wanita warga Malaysia berusia 43 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Malaysia
#kes import di Singapura
#Kes 59085
#asimptomatik
#pemegang permit kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan