NATIONAL
COVID-19: Wartawan juga wira tak didendang - Annuar
Annuar menyifatkan wakil media merupakan petugas barisan hadapan dan wira tidak didendang. - Gambar BERNAMA
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menzahirkan penghargaan buat petugas media yang bertungkus-lumus menyediakan maklumat berikutan penularan wabak pandemik COVID-19.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menyifatkan wakil media merupakan petugas barisan hadapan dan wira tidak didendang.
"Petugas barisan hadapan (frontliners), jangan lupa para wartawan yang ke hulu ke hilir.
"Mereka mengharungi bahaya dan mereka wira tak didendangkan," katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya, di sini, pada Khamis.

#Annuar Musa
#COVID-19
#koronavirus
#petugas barisan hadapan
#Tan Sri Annuar Musa
#Twitter
#UMNO
#wira tak didendang