KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menentang pengenalan pasport vaksin buat masa ini, dengan alasan ia mungkin akan memburukkan lagi masalah akses vaksin yang tidak adil dalam kalangan banyak negara.
Bercakap pada sidang media maya sempena Hari Kesihatan Sedunia, Pengarah Kecemasan Serantau untuk Wilayah Pasifik Barat WHO (WPR) Dr. Babatunde Olowokure berkata walaupun mereka memahami pentingnya pemulihan ekonomi pelancongan antarabangsa negara, namun bekalan vaksin global ketika ini amat terhad untuk membolehkan pengenalan pasport vaksin.
"Pendirian WHO ketika ini ialah pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa perjalanan tidak boleh memperkenalkan satu bentuk bukti vaksinasi COVID-19 untuk perjalanan antarabangsa sebagai syarat bagi pelepasan atau ketibaan (sesebuah negara). Bekalan global yang terhad adalah faktornya. Vaksinasi pilihan bagi pelancong boleh menyebabkan bekalan vaksin yang menyusut bagi mereka yang dianggap berisiko," tambahnya.
Beliau berkata kekurangan data mengenai sama ada vaksin dapat mencegah jangkitan dan penularan koronavirus juga merupakan satu lagi faktor yang menolak pengenalan pasport vaksin.
Olowokure juga memberi amaran terhadap "optimisme vaksin," dengan mengatakan bahawa langkah-langkah kesihatan awam seperti penggunaan pelitup muka dan kebersihan tangan masih harus diteruskan walaupun sudah ada vaksinasi.
Beberapa negara termasuk Malaysia, telah menimbangkan keperluan bukti vaksinasi bagi pelancong, dan beberapa hospital swasta di Malaysia dilihat menyokong idea ini bulan lepas, dengan mengatakan bahawa pasport vaksin akan membantu pemulihan industri pelancongan perubatan di sini.
WHO-WPR juga mengumumkan rancangan untuk membangunkan jaringan pengawasan genom serantau dengan negara-negara anggota Singapura, Jepun, dan Australia, bagi menyediakan penjujukan genom virus untuk negara-negara yang tidak memiliki kemampuan berbuat demikian.
Pengarah wilayah WHO-WPR Dr. Takeshi Kasai berkata dengan jaringan pengawasan itu, ia akan membantu mereka mengesan varian baharu dan terkini COVID-19, di samping penyakit yang baharu muncul.
"Ini akan menjadi infrastruktur yang sangat penting untuk pandemik berikutnya," katanya.
WHO turut mencadangkan negara-negara menggunakan vaksin AstraZeneca-Oxford, dengan mengatakan bahawa kajian menunjukkan bahawa vaksin itu tidak membawa kepada kematian akibat darah beku.
Sementara itu, Penyelaras Ubat-ubatan Penting dan Teknologi Kesihatan untuk WHO-WPR Dr Socorro Escalante berkata kadar pemantauan dalam kelompok populasi yang diberi vaksin kini semakin rendah, kerana ia memang dijangka berlaku secara semulajadi dalam populasi umum.
United Kingdom (UK) melaporkan tujuh kematian daripada 30 orang yang mengalami pembekuan darah setelah menerima suntikan vaksin AstraZeneca-Oxford dan pada 6 April, dan 18 juta orang telah menerima vaksin di negara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021

Walaupun WHO memahami pentingnya pemulihan ekonomi pelancongan antarabangsa negara, namun bekalan vaksin global ketika ini amat terhad untuk membolehkan pengenalan pasport vaksin. - Gambar fail/ Astro AWANI
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (23 April 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (23 April 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901235/8967789641619176344790_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (23 April 2021)

COVID-19: Larangan rentas negeri tidak disukai tapi perlu dilakukan - Ismail Sabri
Ia perlu dilakukan bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dikekang.

PKPD di SM Sains Banting bermula esok - Ismail Sabri
Setakat ini, seramai 71 orang pelajar sekolah itu disahkan positif COVID-19.

Kerajaan sunguh-sungguh urus krisis kesihatan - Perdana Menteri
Setiap hari Muhyiddin bersama anggota kerajaan bermesyuarat bagi membincangkan perkembangan mutakhir kes, kemudahan pesakit, keperluan ventilator serta tuntutan rakyat yang lain.

COVID-19 | 'Libat urus semua pihak cari penyelesaian'
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) meminta agar kerajaan duduk semeja dengan semua pihak terutama di peringkat akar umbi bagi memastikan satu gerak kerja dan perancangan yang lebih tersusun dalam menangani isu jangkitan COVID-19 di sekolah. Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, NUTP yang mewakili lebih 200,000 guru, tidak pernah dijemput untuk memberi buah fikiran kepada Kementerian Pendidikan untuk mengatasi masalah tersebut secara kolektif.

Vaksin COVID-19 | Sarawak mohon laksana sistem vaksinasi sendiri
Sarawak telah menyampaikan hasrat kepada kerajaan pusat untuk melaksanakan sistem vaksinasi sendiri. Tindakan ini diambil susulan isu yang berlaku pada hari pertama vaksinasi fasa 2 di Sibu.

Vaksin COVID-19 | Khairy beri kelulusan Sarawak beli CanSino - Uggah
Permohonan Sarawak untuk membeli vaksin CanSino untuk kegunaan di kawasan luar bandar telah mendapat kelulusan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin.

Wabak ASF | Nabawan daerah ke-10 dilanda Demam Babi Afrika
Nabawan merupakan daerah terbaru yang dilaporkan terkesan dengan wabak virus Demam Babi Afrika ASF di Sabah. Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, ia sekaligus menjadikan daerah yang terlibat adalah sepuluh daerah setakat ini.

PDRM tahan 22 anggota kongsi gelap Geng 18 Dato' Suresh, Geng 21 Sunder
Kesemua suspek yang ditangkap terdiri daripada 12 orang dari Geng 18 Dato'Suresh manakala 10 lagi dari Geng 21 Sunder.
![[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021 [SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1901225/32574879421619173019353_640x360.jpg)
[SIDANG MEDIA] Perintah Kawalan Pergerakan - 23 April 2021
Ikuti sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung penguatkuasaan pematuhan SOP bagi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

COVID-19: WHO tidak setuju pengenalan pasport vaksin
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menentang pengenalan pasport vaksin buat masa ini, dengan alasan ia mungkin akan memburukkan lagi masalah akses vaksin yang tidak adil dalam kalangan banyak negara.

Pasport vaksin EU dilaksana Jun ini
Sijil berkenaan akan tersedia sebaik sahaja semua penduduk Kesatuan Eropah (EU) menerima suntikan vaksin mereka.

Vaksin COVID-19: EU saran sijil digital diberi tanpa diskriminasi
Ini bagi memenuhi sasaran untuk membenarkan mereka yang sudah divaksin melakukan perjalanan dalam blok tersebut, kata Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

COVID-19: UK tiada rancangan perkenal pasport vaksin
Menteri Vaksin COVID-19 United Kingdom, Nadhim Zahawi menegaskan, negara itu tidak akan mempertimbang pasport vaksin.