BERIKUT kenyataan media berhubung isu CPTPP serta hak ekonomi Bumiputera oleh Presiden Parti pejuang Tanahair Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
1. Kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik atau CPTPP akan memberi kesan positif besar kepada ekonomi Bumiputera tidak memberi gambaran sebenar perjanjian perdagangan itu dan mengelirukan rakyat.
2. Azmin memetik beberapa pernyataan terpilih dalam perjanjian tersebut yang memberi gambaran kononnya beberapa perkara melindungi, malah memberi keuntungan kepada ekonomi Bumiputera tetapi tidak menjelaskan isi kandungan dan implikasi perjanjian perdagangan ini kepada ekonomi Bumiputera secara khususnya, mahupun ekonomi negara secara menyeluruh.
3. Perjanjian perdagangan CPTPP ini yang mengandungi 30 bab dan lebih 1,000 peruntukan harus dibaca secara menyeluruh dan bukan diambil satu-satu peruntukannya secara bersendiri. Kebanyakan peruntukan dalam bab-bab yang berbeza akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara dan rakyat dari pelbagai lapisan dan kaum, terutama Bumiputera yang lebih terkebelakang dari sudut ekonomi.
4. Saya telah menyatakan dalam komen saya sebelum ini mengenai kesan kepada pelbagai sektor dan kumpulan. Ahli-ahli ekonomi Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) telah membuat unjuran akan berlaku kehilangan pekerjaan akibat daripada ratifikasi dan pelaksanaan perjanjian ini. Ia juga akan menyebabkan jumlah import meningkat berbanding eksport yang memberi implikasi kepada imbangan pembayaran dan saingan kepada pengeluar tempatan yang mencabar kelebihan kita dalam ekonomi.
5. Jika Malaysia meratifikasi CPTPP, 100 peratus tarif import dari negara ahli CPTPP akan dihapus, menyebabkan lebih banyak barangan import murah masuk pasaran Malaysia yang akan mengakibatkan pengurangan jualan barangan keluaran tempatan. Kesan dari peningkatan import berbanding eksport, imbangan dagangan negara akan berkurangan sebanyak USD2.4 billion setahun (RM9.6 billion). Selain itu, Malaysia akan kehilangan cukai import bernilai RM6.4 billion.
6. Ia juga akan memberi tekanan kepada kebolehupayaan Malaysia untuk menjadi negara pengeluar, sekali gus terus terperangkap menjadi negara pengguna dengan implikasi bersifat jangka panjang kepada ekonomi negara. Ia juga akan memberi implikasi kepada pasaran buruh dan keupayaan industri dan perniagaan yang menghasilkan peluang pekerjaan. Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF - Malaysian Employers Federation) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC - Malaysian Trades Union Congress) telah menyatakan pendirian tegas untuk Malaysia tidak meratifikasi CPTPP ini.
7. CPTPP juga akan menyebabkan petani kehilangan hak untuk menyimpan, menukar dan menjual benih mereka seperti dalam peruntukan untuk menyertai UPOV91 dan bakal menyebabkan kos pengeluaran petani meningkat sehingga memberi kesan kepada sara hidup mereka. Kebanyakan petani dan pesawah kecil Malaysia adalah Bumiputera dan peningkatan harga kos input pada hari ini tanpa CPTPP sudah memberi kesan besar kepada sara hidup mereka tetapi masih mampu ditangani oleh Kerajaan. Namun di bawah syarat-syarat CPTPP, sambil kos tempatan meningkat, kos import pula mungkin menurun. Ini memberi impak kepada survival petani kita.
8. Semua implikasi di atas adalah sangat negatif bagi Malaysia dan kemampuan kita untuk mengurangkan hutang negara. Ratifikasi CPTPP tidak diperlukan di saat Malaysia terkesan teruk akibat dari pandemik COVID-19 yang menjejas pendapatan peniaga, usahawan dan pengeluar di keseluruhan rantaian bekalan, selain kehendak pasaran yang rendah. Malaysia tidak mampu kehilangan lebih banyak pekerjaan, yang mana kesannya bersama kemerosotan pendapatan akibat pandemik sudah terlalu membebankan dan tidak mampu ditangani oleh kerajaan hari ini. Jelas bahawa ratifikasi CPTPP tidak diperlukan terutama dalam usaha pemulihan ekonomi negara pasca pandemik. Semua isu-isu di atas akan memberi kesan lebih besar kepada peniaga, pekerja dan petani Bumiputera yang majoritinya berada dalam kumpulan B50.
9. Peruntukan yang memberi impak langsung kepada Bumiputera tidak hanya terhad kepada sebahagian dari bab pelaburan, namun juga bab perolehan kerajaan dan Syarikat Milik Kerajaan. Azmin menyebut seolah-olah Annex II akan membenarkan pengecualian (carve-out) menyeluruh kepada keutamaan dan polisi Bumiputera. Penjelasan beliau memberi tanggapan seolah-olah polisi Bumiputera adalah terlindung di dalam peruntukan CPTPP sepertimana sebelum ini, dengan pengekalan status quo. Tanggapan ini sangat jauh tersasar dari kebenaran.
10. Annex II hanya merujuk kepada sebahagian bab pelaburan dan bab Perolehan Kerajaan dan Syarikat Milik Kerajaan mempunyai bab pengecualian tersendiri. Bab Pelaburan sendiri berkonflik dalam hal pengecualian ini di mana pelabur asing perlu dilayan melalui “layanan nasional” iaitu mereka perlu diberi layanan sama (dari sudut peluang, undang-undang, keutamaan dan sebagainya) seperti pelabur tempatan, kecuali dalam beberapa perkara yang dikecualikan. Pelabur asing ini perlu dilayan tidak kurang dari pelabur tempatan, namun tidak salah untuk mendapat keistimewaan yang lebih baik.
11. Peruntukan dari bab ini mengawal Kerajaan untuk menuntut dari pelaburan asing untuk aktiviti, inisiatif atau sebagainya bagi membantu pertumbuhan negara sepertimana larangan dalam peruntukan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) untuk “performance requirement” (keperluan pencapaian). Ia seterusnya menghalang hak kerajaan untuk menuntut penggunaan kandungan tempatan (input tempatan untuk barangan, perkhidmatan dan pekerja) dalam proses, perolehan, pembelian atau keutamaan kepada barangan – produk tempatan, pemberian keutamaan kepada teknologi tempatan, kawalan kerajaan untuk menghadkan import berbanding eksport. CPTPP juga menghalang Malaysia menuntut syarat pemindahan teknologi dari pelabur asing atau meletakkan kadar royalti dibawah kemampuan syarikat tempatan untuk dibayar kepada pelabur asing.
12. Bila Menteri MITI bercakap tentang Annex II, beliau menyentuh soal pengecualian kepada peruntukan di atas, walhal ia tidak mencakupi aspek-aspek penting bagi rakyat. Apabila dibaca dalam pernyataan saya sebelum ini, saya telah menjelaskan apabila Annex II dibaca bersama dengan semua peruntukan dan bab-bab yang lain sebagai satu dokumen yang mengikat secara perundangan, Annex II tidak memberikan pengecualian menyeluruh untuk Hak Bumiputera seperti yang digembar-gemburkan. Contoh telah diberikan dalam pernyataan saya sebelum ini dan ini termasuk kenyataan bahawa kecuali dalam beberapa sektor yang dibenarkan; Malaysia tidak boleh menetapkan atau mengawal mana-mana keperluan 30 peratus ekuiti Bumiputera.
13. Begitu juga menetapkan syarat untuk pelabur negara ahli CPTPP melantik pengurusan syarikat mahupun ahli lembaga pengarah syarikat di kalangan Bumiputera. Selain itu, apa-apa pengecualian yang terkandung dalam Annex II tidak tertakluk kepada peruntukan Layanan Adil dan Saksama (FET) dan perampasan (expropriation) dalam bab pelaburan CPTPP yang sama. Oleh itu, apa-apa polisi langkah afirmatif (termasuk yang terkait Bumiputera) masih boleh dicabar oleh pelabur asing dari negara ahli CPTPP .
14. Kekangan lain terkandung dalam bab-bab perolehan kerajaan dan Syarikat Milik Kerajaan yang juga memberi impak besar kepada ekonomi bumiputera sepertimana terkandung dalam pernyataan saya sebelum ini. Beberapa pernyataan dan pengecualian spesifik dalam peruntukan CPTPP tidak memberi satu kekebalan total, seolah-olah hak Bumiputera terpelihara sepenuhnya atau pada keadaan status quo sedia ada.
15. MITI mesti menjawab, bukan hanya menyentuh beberapa klausa tertentu yang seolah-olah memberi manfaat kepada Bumiputera atau negara amnya, namun secara adil harus memberi gambaran menyeluruh kos-manfaat impak menyeluruh perjanjian CPTPP kepada ekonomi dan kedaulatan negara. Kita maklum, satu kajian kos-manfaat (CBA) sedang diusahakan. Kita gusar apabila Menteri MITI sudah mula mempromosi dan mewar-warkan yang baik-baik sahaja tentang CPTPP sebelum kajian kos-manfaat disiapkan, seolah-olah tujuan kajian tersebut adalah untuk bersetuju dengan kesimpulan beliau untuk mendesak Malaysia segera meratifikasikan CPTPP. Keseluruhan laporan CBA harus dibentangkan secara telus dan terbuka kepada semua dan dibahas sepenuhnya di dalam Parlimen untuk memastikan bahawa perjanjian ini benar-benar memberi manfaat kepada negara atau pun tidak.
Kuala Lumpur
Jumaat, 3 Disember 2021
Kenyataan Media
Fri Dec 03 2021

MUKHRIZ: CPTPP akan memberi kesan besar kepada ekonomi Bumiputera; pernyataan terpilih Menteri MITI tidak memberi gambaran menyeluruh tentang kesan sebenar CPTPP. -Gambar fail

Indonesia gugur syarat pakai pelitup muka di luar rumah
Perkembangan menyusul ketika mana angka jangkitan COVID-19 di negara itu semakin menunjukkan trend penurunan.

Pilihan raya Lubnan: Guterres gesa penubuhan kerajaan inklusif
Beliau mengharapkan pembentukan pantas kerajaan yang inklusif bagi memuktamadkan perjanjian dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

Pemain industri kreatif perlu berani, keluar dari kebiasaan untuk tembusi pasaran global
Pemain industri kreatif negara perlu berani untuk keluar daripada kebiasaan bagi membolehkan kandungan kreatif negara menembusi pasaran global.

AWANI Ringkas: Lima ditahan bakar mercun | Lagi cebisan manusia ditemui
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.

MBSA mohon maaf insiden pertengkaran kakitangan, pelanggan
Kejadian berpunca akibat salah faham di antara seorang pelanggan dan salah seorang petugas di kaunter berhubung nombor giliran.

PATI Myanmar sembunyi di tanah perkuburan
Dalam serbuan jam 10.30 pagi itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia empat hingga 25 tahun.

Nahas pesawat China Eastern mungkin disengajakan - Laporan
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) percaya seseorang di dalam kokpit pesawat itu dengan sengaja menyebabkan pesawat itu terhempas.

Empat emas diraih, Malaysia gagal perbaiki kedudukan keenam
Hari ke-10, Malaysia kekal berada di tempat keenam dengan 23 emas, 26 perak dan 55 gangsa.

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Malaysia raih pelaburan baharu Ferrotec bernilai lebih RM500 juta - Azmin Ali
Ferrotec juga komited untuk mewujudkan 250-500 pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

Azmin sebak, hiba sewaktu lawat pusara Haron Din di California
Azmin sebak mengenangkan pertemuan terakhir dengan Allahyarham Haron pada 9 September 2016 di Masjid Al Umm, Bangi.

Malaysia, Indonesia setuju perkukuh perpaduan, kekuatan kepusatan ASEAN - Azmin
Malaysia kini menyuarakan nada yang sama, lebih daripada sebelum ini, dengan Indonesia bahawa sudah sampai masanya untuk memperkukuh perpaduan dan kekuatan kepusatan ASEAN dalam menghadapi ketidaktent

Malaysia raih pelaburan hampir RM2 bilion daripada TF AMD - Azmin
Pelaburan itu untuk pelan pengembangan syarikat, yang akan mewujudkan 2,000 pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia.

AS, Malaysia meterai memorandum kerjasama perkukuh daya tahan rantaian bekalan semikonduktor
MOC itu bertujuan menyediakan prinsip panduan kepada kedua-dua negara berikutan kerjasama masing-masing dalam memperkukuh usaha-usaha daya tahan rantaian bekalan semikonduktor.

Malaysia dijangka tarik pelaburan baharu bernilai RM14.62 bilion dari AS - Azmin
Banyak syarikat yang berpangkalan di AS menyatakan komitmen untuk mengembangkan operasi dan kehadiran mereka di Malaysia.

Azmin Ali berjaya batal saman pengundi Gombak terhadapnya
Panel tiga hakim memutuskan tuntutan pengundi itu tidak kukuh dan tiada keperluan bagi saman itu diteruskan untuk perbicaraan penuh.

Ekspo 2020 Dubai jadi landasan kepada syarikat Malaysia untuk berkembang - Azmin
MITI akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan penyertaan Malaysia dalam Ekspo Dunia yang akan datang.

Azmin gesa syarikat Qatar bekerjasama dengan perniagaan Malaysia
RCEP memberi laluan kepada perniagaan di rantau ini untuk bersepadu dengan perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia itu.

Perdagangan Malaysia teruskan trajektori meningkat pada Februari 2022 - Azmin
Perdagangan meningkat sebanyak 17.5 peratus kepada RM184.75 bilion berbanding Februari 2021.