awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST

Bernama
Bernama
21/12/2020
12:28 MYT
Cradle Fund: Balu Nazrin tidak bagi kerjasama pada awal penyiasatan ST
Peguam bela berkata, tertuduh pertama kes pembunuhan Nazrin itu dimaklumkan sedemikian oleh pegawai JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor. -Gambar fail
SHAH ALAM :Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu balu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Nazrin Hassan tidak bekerjasama pada awal penyiasatan Suruhanjaya Tenaga (ST) kerana dimaklumkan bahawa siasatan kes kebakaran itu hanya melibatkan bomba dan polis.
Peguam bela Rahmat Hazlan berkata balu yang juga tertuduh pertama kes pembunuhan Nazrin itu, Samirah Muzaffar dimaklumkan sedemikian oleh pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor.
“Kamu dalam keterangan saksi sebelum ini memberitahu, Samirah tidak bekerjasama dan enggan membenarkan kamu masuk ke dalam rumah pada 19 Jun 2018 bagi melakukan siasatan berhubung kebakaran yang berlaku rumah berkenaan, dan meminta kamu menghubungi Hafisham," katanya.
Beliau berkata demikian dalam pemeriksaan balas terhadap saksi ke-30, Penolong Pengarah ST Kawasan Selangor dan Kuala Lumpur Abdul Rahim Wan Chik di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.
Abdul Rahim ketika menjawab pemeriksaan balas Rahmat berkata beliau ada menghubungi Hafisham dan diberitahu bahawa pihak bomba tiada masalah untuk membenarkan ST melakukan siasatan di rumah berkenaan.
"Pada 21 Jun (2018) baru saya terima panggilan daripada Samirah untuk memilih satu tarikh yang sesuai untuk pihak ST datang membuat siasatan," katanya.
Kata Abdul Rahim, semasa siasatan dijalankan pada 27 Jun 2018 ke atas sistem pendawaian rumah berkenaan, Samirah telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan penyiasat ST.
Pada 12 Mac 2019, Samirah, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang juga isteri Nazrin serta dua remaja lelaki, masing-masing berusia 17 dan 14 tahun, didakwa bersama seorang warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari, membunuh mangsa.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cradle fund
#Nazrin Hassan
#Ketua Pegawai Eksekutif
#Suruhanjaya Tenaga
#ST
#pemeriksaan balas
#mahkamah
#samirah muzaffar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan