awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cradle Fund: Nazrin meninggal dunia sebelum kebakaran - Perunding forensik

Bernama
Bernama
22/03/2021
12:29 MYT
Cradle Fund: Nazrin meninggal dunia sebelum kebakaran - Perunding forensik
Pakar perunding forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan telah meninggal dunia sebelum kebakaran berlaku di bilik tidur rumahnya. - Gambar fail
SHAH ALAM: Pakar perunding forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan telah meninggal dunia sebelum kebakaran berlaku di bilik tidur rumahnya.
Pakar Perunding Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Siew Sheue Feng berkata tiada kecederaan jelaga dan keadaan seperti itu menunjukkan mangsa tidak menyedut udara panas.
"Nampaknya dia (si mati) sudah meninggal dunia sebelum kebakaran," kata saksi pendakwaan ke-46 itu semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanifah.
Semasa membaca keterangan saksinya, Dr Siew yang menjalankan bedah siasat terhadap Nazrin pada 5 petang, 14 Jun 2018 di Jabatan Perubatan Forensik HKL berkata, tidak ada bukti kecederaan hidu larinks atau jelaga di trakea serta laluan udara yang lebih dalam.
Dr Siew berkata demikian dalam perbicaraan kes pembunuhan Nazrin yang dihadapi balu Nazrin, Samirah Muzaffar, 46, dan dua remaja yang kini berumur 19 dan 16, serta wanita warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi hari berikutnya.
Dr Siew, yang berpengalaman menjalankan lebih 2,000 bedah siasat, juga menyenaraikan 16 tanda kecederaan yang terdapat padai badan Nazrin, merangkumi luka menembus berukuran 5 x 4 sentimeter (cm) di bahagian parietal kiri, luka menembus berukuran 2 x 1 cm di sebelah kanan dahi dan luka menembus berukuran 2 x 1.5 cm di bahagian atas bahagian depan leher.
Saksi juga menunjukkan dan menjelaskan beberapa keping gambar yang diambil semasa bedah siasat yang dipaparkan di skrin di mahkamah.
Lebih 100 keping gambar ditunjukkan kepada mahkamah.
Ketika gambar-gambar itu mula dipaparkan, kakak Nazrin yang berada di ruang mahkamah didengar menangis.
Perbicaraan dihadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cradle fund
#Nazrin Hassan
#Mahkamah Tinggi
#Dr Siew Sheue Feng
#Pakar Perunding Perubatan Forensik
#Hospital Kuala Lumpur
#samirah muzaffar
#Eka Wahyu Lestari
#kebakaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan