MALAYSIA

Cradle mahu danai syarikat pemula berkembang ke peringkat global - GCEO

Irfan Faruqi 29/10/2025 | 07:20 MYT
Norman dalam satu panel semasa Minggu Teknologi London 2024, mempromosikan pertumbuhan dan kemajuan dalam ekosistem permulaan Malaysia. -Foto Cradle
KUALA LUMPUR: Agensi pembangunan syarikat pemula, Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle), mahu mendanai lebih banyak syarikat pemula yang bercita-cita menembusi pasaran antarabangsa.


Ringkasan AI
  • Cradle Fund bertekad mendanai lebih banyak syarikat pemula yang menyasarkan pasaran serantau dan global bagi menjadikan Malaysia antara 20 ekosistem startup terbaik dunia menjelang 2030.
  • Sejak 2003, Cradle telah membiayai lebih 1,200 syarikat pemula dan kini mengendalikan pelbagai inisiatif termasuk CIP Spark, CIP Sprint, MYStartup dan Startup ASEAN.
  • Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025 akan berlangsung pada 3-5 Nov bagi memperkukuh kerjasama serantau dan menyokong Pelan SUPER 20212030.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Norman Matthieu Vanhaecke, berkata demi memposisikan Malaysia sebagai antara 20 ekosistem syarikat pemula terbaik dunia menjelang 2030, para pencipta tidak boleh berhenti sekadar menjadi jaguh kampung.

Sesi panel semasa persidangan Cradle PLUGIN yang pertama kali diadakan pada 2024 yang lalu. - foto/Cradle

“Setiap tahun kami terima permohonan untuk geran CIP Spark dan CIP Sprint. Saya juga menjadi ahli kepada panel penilai, dan antara soalan utama yang saya akan tanyakan kepada pemohon ialah sasaran serta visi yang mahu dicapai.

“Jawapan yang kami mahu dengar ialah pemohon menyasarkan untuk kembangkan perniagaan ke peringkat serantau dan global melangkaui pasaran tempatan.

"Kita bukan sekadar mampu jadi jaguh kampung, kita juga boleh jadi jaguh serantau dan dunia,” katanya ketika ditemu bual dalam program Agenda AWANI pada Selasa.


Cradle mahu danai syarikat pemula berkembang ke peringkat global - GCEO

Tambah Norman, Cradle telah membiayai lebih 1,200 syarikat pemula teknologi sejak 2003, kini mengendalikan pelbagai inisiatif termasuk program geran CIP Spark, CIP Sprint, MYStartup, Bengkel Inovasi GLC (BIG), Cradle Innovation Advisory (CIA), dan platfrom Startup ASEAN.

Lanjutan itu, bagi menggalakkan lebih banyak syarikat pemula Malaysia menjejaki pasaran Asia Tenggara dan terus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab syarikat pemula serantau Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025 akan dianjurkan pada 3 hingga 5 November akan datang.

Norman dalam satu panel semasa Minggu Teknologi London 2025, mempromosikan pertumbuhan dan kemajuan dalam ekosistem permulaan Malaysia. - foto/Cradle


Cradle LIVE! Startup ASEAN Summit 2025 dijangka menghimpunkan pelabur, penggubal dasar, dan pengasas startup serantau, dengan sasaran untuk memperkukuh kerjasama dan mempercepatkan pertumbuhan secara kolektif.

Norman berkata inisiatif ini menyerlahkan kepimpinan Malaysia dalam menerajui Startup ASEAN, sebuah platform yang menyatukan ekosistem serantau dan membentuk rangkaian inovasi tanpa sempadan yang sebenar.

Seterusnya, sidang kemuncak ini juga membantu negara memenuhi sasaran yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021–2030.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari http://www.cradle.com.my/cradlelive.


Cradle mahu danai syarikat pemula berkembang ke peringkat global - CEO










#Agenda Awani #ASEAN #syarikat pemula #cradle fund