awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca cerah pada hari penamaan calon, kecuali Sarawak mendung dan hujan

Bernama
Bernama
27/04/2018
14:17 MYT
Cuaca cerah pada hari penamaan calon, kecuali Sarawak mendung dan hujan
Cuaca mendung dan hujan diramalkan berlaku di kesemua 31 kawasan Parlimen di Sarawak pada sebelah pagi manakala keadaan sama turut diramalkan di beberapa tempat di Sabah dan Perak. - Gambar fail
Cuaca secara umumnya diramalkan cerah di kebanyakan negeri pada sebelah pagi esok yang merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, cuaca mendung dan hujan diramalkan berlaku di kesemua 31 kawasan Parlimen di Sarawak pada sebelah pagi manakala keadaan sama turut diramalkan di beberapa tempat di Sabah dan Perak.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam ramalan cuacanya sempena hari penamaan calon PRU14 meramalkan hujan berlaku di 13 kawasan Parlimen Sarawak iaitu Sri Aman, Tanjong Manis, Hulu Rajang, Sibuti, Baram, Lawas, Lubok Antu, Igan, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Jabatan itu meramalkan 18 kawasan Parlimen di Sarawak pula mengalami cuaca mendung pada awal pagi melibatkan Mas Gading, Petrajaya, Stampin, Mambong, Batang Sadong, Betong, Sarikei, Kanowit, Sibu, Selangau, Santubong, Bandar Kuching, Kota Samarahan, Serian, Batang Lupar, Saratok, Julau dan Lanang.
Di Perak, jabatan itu meramalkan cuaca mendung dan hujan pada sebelah pagi di Parlimen Larut, Bagan Serai, Taiping, Kampar, Lumut, Teluk Intan dan Parit Buntar.
Di Sabah pula, cuaca mendung dan hujan diramalkan berlaku di kawasan Parlimen Beaufort, Kinabatangan, Semporna, Kalabakan, Sipitang, Pensiangan, Sandakan, Silam dan Tawau.
Jabatan Meteorologi dalam ramalannya melaporkan tiada hujan di negeri-negeri lain iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Kedah.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca
#MalaysiaMemilih
#penamaan calon
#pilihan raya
#politik
#PRU14
#ramalan cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan