[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
NATIONAL

Cuaca panas: Enam daerah di Kedah pada tahap berjaga-jaga

Sinar Harian 03/03/2024 | 14:01 MYT
Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad. - Gambar hiasan/Astro AWANI
SHAH ALAM: Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, enam kawasan yang terlibat adalah Pulau Langkawi, Kota Setar, Pendang, Baling, Pokok Sena dan Sik.
“Tahap berjaga-jaga adalah apabila suhu maksimum harian berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
“Ia berlaku sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk di laman sesawang MetMalaysia,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook.
- Sinar Harian
#cuaca panas #Kedah #tahap berjaga-jaga #MetMalaysia