MALAYSIA
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Keadaan di Empangan Kolam Bukit Merah semasa Aras Kritikal Pengairan Tahap 2, pada 16 Julai 2025. - Gambar fail/JPS Daerah Kerian
IPOH: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak telah mengemukakan permohonan untuk pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di kawasan tadahan Empangan Bukit Merah dan hulu lembangan Sungai Perak ekoran cuaca panas berpanjangan sejak kebelakangan ini.
Ringkasan AI
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air Dan Pengangkutan Awam, Negeri Perak (INTAP), Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, permohonan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Peraku bagi mengelakkan pemberhentian bekalan air pengairan, domestik dan memastikan kelestarian sumber air Sungai Perak dapat terus dipelihara secara menyeluruh dan bersepadu.
Menurutnya, pihaknya menyokong permohonan itu dilaksanakan dengan segera sebagai langkah mitigasi strategik meningkatkan peluang hujan, seterusnya mengelakkan pemberhentian bekalan air pengairan dan domestik sekiranya keadaan kemarau berterusan.
“Pejabat INTAP sentiasa memandang serius pengurusan sumber air negeri bagi memastikan kelangsungan bekalan air mentah, keselamatan kawalan banjir serta kelestarian alam sekitar berada pada tahap yang selamat dan terkawal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, hasil pemantauan berterusan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) terhadap sistem empangan Sungai Perak mendapati paras air Tasik Temengor kini berada pada tahap rendah berikutan kadar kemasukan air semula jadi yang terhad dari kawasan tadahan, susulan taburan hujan yang berkurangan sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Menurutnya, keadaan itu telah memberi kesan rantaian kepada empangan di hilir iaitu Tasik Bersia, Tasik Kenering dan Tasik Chenderoh, yang kini turut berada hampir pada paras operasi minimum oleh pihak TNB.
Dalam keadaan semasa, ujarnya, keupayaan pelepasan air ke hiliran dari Empangan Chenderoh adalah terhad, sekitar 100 hingga 120 meter padu sesaat, bagi memastikan kestabilan paras empangan, kesinambungan aliran Sungai Perak serta mengelakkan takungan memasuki zon operasi kritikal yang boleh menjejaskan pengurusan sumber air secara keseluruhan.
Tambahnya, pihaknya melihat kekangan pelepasan itu bukan sekadar isu operasi empangan, sebaliknya berkemungkinan berpotensi memberi implikasi yang lebih meluas kepada negeri Perak, antaranya:
i. Tekanan terhadap keperluan air bagi sektor pertanian dan pengairan di kawasan hilir, khususnya di daerah Perak Tengah;
ii. Kesan langsung kepada sosioekonomi komuniti setempat yang bergantung kepada sumber air Sungai Perak;
iii. Kemerosotan aktiviti eko-pelancongan di kawasan Tasik Temengor dan Tasik Raban susulan paras air yang rendah; dan
iv. Risiko jangka sederhana terhadap jaminan bekalan air dan tenaga, termasuk sokongan operasi penjanaan Stesen Janakuasa Janamanjung yang menyumbang kira-kira 25 peratus keperluan tenaga Semenanjung Malaysia, serta berkait rapat dengan kestabilan bekalan air negeri.
Dalam pada itu, menurut Mohammad Nizar, status semasa paras air Tasik Bukit Merah adalah pada 21.05 kaki (6.416 meter) dengan baki simpanan air sekitar 10.837 juta meter padu, bersamaan 19.89 peratus, iaitu pada Aras Kritikal Pengairan Tahap 2.
Susulan itu, katanya, operasi bekalan air bagi tujuan pengairan sawah padi di Rancangan Pengairan Kerian telah dilaksanakan secara catuan, manakala bekalan air domestik kepada pengguna awam kekal seperti permintaan sedia ada.
Beliau memaklumkan, rekod pemantauan menunjukkan paras air Empangan Bukit Merah mula merosot sejak 25 Disember 2025, iaitu pada Aras Berjaga-jaga Pengairan (25.00 kaki) dan seterusnya mencecah paras kritikal 23.00 kaki pada 12 Januari 2026.
“Berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) pengaktifan bencana kemarau dan musim kering Negeri Perak, pengaktifan operasi adalah dipertimbangkan apabila storan empangan dan kadar alir sungai melepasi aras waspada selama tiga minggu berturut-turut,” ujarnya.
Jelasnya, bagi mengurangkan kesan kemarau, langkah kawalan dalaman telah dan sedang dilaksanakan, termasuk pelaksanaan catuan bekalan pengairan mengikut kompatmen serta penggunaan pam-pam bergerak di beberapa lokasi terjejas dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian.
Menurutnya, langkah itu bertujuan membantu komuniti petani dan mengurangkan impak cuaca panas serta kering yang sedang melanda.
Beliau berkata pelaksanaan OPA akan dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan pelbagai agensi termasuk Lembaga Pengurusan Sumber Air (LPSA) Perak, IADA Kerian, JPS Daerah Kerian, Jabatan Pertanian, Pejabat Daerah dan Tanah, Jabatan Meteorologi Malaysia, Pertubuhan Peladang Kawasan, NADMA serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Menurutnya, pihaknya akan terus memastikan pemantauan rapi dilaksanakan dan orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada kenyataan rasmi kerajaan negeri serta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan awam.
Ringkasan AI
- JPS Perak mengemukakan permohonan OPA di Empangan Bukit Merah dan hulu Sungai Perak akibat cuaca panas; INTAP memberi sokongan aktif untuk mengekalkan bekalan air dan kelestarian sumber air.
- Paras air Tasik Temengor rendah, mengancam bekalan air; paras air di Empangan Chenderoh hampir minimum, mengakibatkan kekangan pelepasan air ke hiliran.
- Kesan kemarau termasuk tekanan terhadap pertanian, kesan sosioekonomi kepada komuniti tempatan, kemerosotan eko-pelancongan, serta risiko terhadap bekalan air dan tenaga di negeri Perak.