[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
MALAYSIA

Cuaca panas: Kota Setar pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia

Astro Awani 14/03/2021 | 09:56 MYT
Hanya daerah Kota Setar, Kedah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) bagi perkembangan status cuaca panas seluruh negara. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Hanya daerah Kota Setar, Kedah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) bagi perkembangan status cuaca panas seluruh negara.
Perkara itu dimaklumkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad.
"Terdapat hanya 1 kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Kota Setar," kata MetMalaysia dalam satu ciapan di laman Twitter.
Manakala, semua kawasan di Sabah dan Sarawak dalam pemantauan.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tahap 1 (Berjaga-jaga) merekodkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Tahap 2 (Gelombang Haba) merekodkan suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Tahap 3 (Kecemasan) merekodkan suhu maksimum harian melebihi 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
#cuaca panas #Malaysia #Kedah #tahap 1 #tahap berjaga-jaga #Semenanjung