MALAYSIA
Cuaca panas, kurang hujan di kebanyakan tempat hingga 25 Jan - MetMalaysia
Berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 34 darjah Celcius dalam tempoh berkenaan.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan berlaku di kebanyakan kawasan seluruh negara, terutama di utara Semenanjung sehingga 25 Jan ini.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 34 darjah Celcius dalam tempoh berkenaan.
"Bagaimanapun, ribut petir berserta angin kencang untuk tempoh yang singkat masih berpotensi berlaku, terutama di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 21 hingga 25 Jan.
Jabatan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore, utara Bunguran, Reef North, utara Reef South dan Layang-Layang.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut hantaran itu.
Sementara itu, amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak lebih 4.5 meter.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," menurut MetMalaysia.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini
Ringkasan AI
- Cuaca panas dan kurang hujan dijangka di kebanyakan kawasan Malaysia sehingga 25 Januari, khususnya utara Semenanjung dengan suhu mencecah 34 darjah Celcius. Ribut petir dan angin kencang masih berpotensi berlaku terutama di barat Semenanjung.
- Orang ramai disarankan untuk merujuk laman web dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat cuaca terkini. Amaran angin kencang dan laut bergelora juga dikeluarkan untuk kawasan perairan negara bermula 21 hingga 25 Januari.
- Angin kencang timur laut dan laut bergelora di beberapa kawasan perairan di Malaysia boleh mencapai kelajuan 40 hingga 60 kilometer sejam dengan ombak setinggi sehingga 4.5 meter, membahayakan aktiviti perkapalan, rekreasi laut, dan sukan laut.
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata berdasarkan analisis model-model ramalan cuaca, suhu maksimum di sesetengah kawasan dijangka boleh mencecah 34 darjah Celcius dalam tempoh berkenaan.
"Bagaimanapun, ribut petir berserta angin kencang untuk tempoh yang singkat masih berpotensi berlaku, terutama di barat Semenanjung pada lewat petang dan awal malam," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 21 hingga 25 Jan.
Jabatan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak setinggi sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Condore, utara Bunguran, Reef North, utara Reef South dan Layang-Layang.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut hantaran itu.
Sementara itu, amaran kategori kedua pula dikeluarkan bagi kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North dengan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak lebih 4.5 meter.
"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri," menurut MetMalaysia.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah jangkaan cuaca di kebanyakan kawasan seluruh negara mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)?
A: MetMalaysia menjangkakan cuaca panas dan kurang hujan berlaku di kebanyakan kawasan seluruh negara, terutama di utara Semenanjung sehingga 25 Januari. - Q: Apakah amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia berkenaan dengan keadaan angin kencang dan laut bergelora?
A: MetMalaysia mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara bermula 21 hingga 25 Januari. - Q: Apakah kesan angin kencang yang dijangka oleh MetMalaysia terhadap aktiviti perkapalan dan pantai?
A: Keadaan angin kencang berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak lebih 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Dapatkan tip menghadapi cuaca panas dan info empangan di sini