awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Masjid dan surau di Johor laksana solat hajat esok

Bernama
Bernama
01/06/2023
09:51 MYT
Cuaca panas: Masjid dan surau di Johor laksana solat hajat esok
Semua masjid dan surau di Johor akan melaksanakan solat hajat esok bagi memohon kesejahteraan buat negara serta masyarakat berikutan keadaan cuaca panas. - Gambar fail/BERNAMA
JOHOR BAHRU: Semua masjid dan surau di Johor akan melaksanakan solat hajat esok bagi memohon kesejahteraan buat negara serta masyarakat berikutan keadaan cuaca panas.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata ia seiring dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang meminta masjid atau surau di negara ini melaksanakan solat itu.
"Susulan keadaan cuaca yang tidak menentu, kerajaan negeri mengambil saranan itu dan akan melaksanakannya pada Jumaat, ia juga boleh dilaksanakan pada waktu solat yang lain," katanya pada sidang media selepas Majlis Multaqa Guru-Guru Al-Quran Bersama Johan Qari dan Qariah Antarabangsa Negeri Johor di Pusat Islam Iskandar hari ini.
Beliau ditanya sama ada kerajaan negeri akan melaksanakan solat hajat seperti saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) atau sebaliknya.
Semalam, Mohd Na'im dilapor meminta masjid dan surau di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melaksanakan solat hajat.
Jabatan Meteorologi sebelum ini menjangkakan Malaysia mengalami cuaca panas dan kering yang berpanjangan hingga Ogos susulan peralihan monsun.
Berhubung ibadah korban sempena Aidiladha, Mohd Fared berkata kerajaan negeri membenarkan aktiviti itu diadakan di masjid, surau dan pusat penyembelihan.
Beliau berkata kebenaran itu diberikan kepada masjid dan surau yang mempunyai ruang penyembelihan khusus serta lengkap dengan kebenaran Pejabat Kadi Daerah dan pusat penyembelihan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Katanya Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) juga sudah mengeluarkan garis panduan berhubung pelaksanaan ibadah korban yang diedarkan kepada Pejabat Kadi Daerah, masjid dan surau.
Mohd Fared juga berkata dalam usaha membudayakan al-Quran, kerajaan negeri menyasarkan kira-kira 8,000 rakyat khatam dalam tempoh setahun menerusi kelas yang dianjurkan oleh JAINJ.
Katanya seramai 2,600 guru al-Quran di seluruh Johor akan membantu menjayakan program itu yang digalakkan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat Islam tanpa mengira usia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#solat hajat
#masjid dan surau
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan