awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuaca panas: Menteri Pendidikan minta kerjasama sekolah tangguh aktiviti luar bilik darjah

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2023
04:20 MYT
Cuaca panas: Menteri Pendidikan minta kerjasama sekolah tangguh aktiviti luar bilik darjah
Aktiviti yang perlu ditangguh termasuk merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah. - Gambar hiasan
SHAH ALAM : Semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) diminta memberi kerjasama untuk menangguhkan aktiviti luar berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata aktiviti tersebut termasuk merentas desa, kawad, sebarang sukan dan permainan, perkhemahan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.
"Mengambil kira cuaca panas dan kering berpanjangan yang sedang melanda negara, institusi pendidikan bawah KPM diminta menangguhkan terlebih dahulu aktiviti luar melibatkan pelajar, guru dan pensyarah.
“Saya menghargai segala usaha dan keprihatinan seluruh warga kementerian di semua peringkat demi kesihatan dan kesejahteraan pelajar serta murid,” ujarnya dalam satu ciapan di Twitter pada Jumaat.
Berharap semua institusi KPM dapat memberikan kerjasama menangguhkan semua aktiviti luar yang melibatkan murid dan guru/pensyarah. Saya menghargai segala usaha dan keprihatinan seluruh warga KPM di semua peringkat demi kesihatan dan kesejahteraan pelajar/murid.#MalaysiaMADANI pic.twitter.com/rIiwDRFcmk
— Fadhlina Sidek (@FadhlinaSiddiq) May 5, 2023
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, sekolah perlu menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah termasuk kokurikulum serta penganjuran sukan tahunan buat sementara waktu berikutan cuaca panas pada masa ini.
Katanya, meskipun tiada sekolah di negara ini ditutup ekoran cuaca panas setakat ini, namun pihak sekolah mesti mengambil langkah berhati-hati dalam keadaan cuaca sedemikian untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Semalam, media melaporkan Kerajaan Negeri Melaka tidak menghalang pelajar melakukan sebarang aktiviti di luar bilik darjah pada ketika ini berikutan cuaca waktu siang dan purata suhu dicatatkan di Melaka adalah kira-kira 31 darjah Celsius dalam tempoh beberapa hari ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata bagaimanapun, larangan aktiviti di luar darjah atau penutupan sekolah akan dikuatkuasakan apabila cuaca panas dan suhu mencecah 35 darjah Celsius atau meningkat kepada 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
Baru-baru ini, KPM turut memberikan kelonggaran khas kepada para pelajar dan guru untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
Pemakaian tali leher juga tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#Menteri Pendidikan
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan